BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruteknik Maut Dipercayai Dibunuh Di Johor Bahru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Juruteknik Maut Dipercayai Dibunuh Di Johor Bahru​

39c5aaa89cfd35047cb0293df7a3531e66d5ce955fab4

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat

Seorang juruteknik ditemukan maut dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah pangsapuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.12 malam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia kira-kira 10.50 malam (hari sama),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata polis turut menemukan sebilah pisau di sisi mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register