BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Dengan Kesan Tetakan Dipercayai Dibunuh Di Buntong

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14204335582055221-387990.jpg

14204335582055221-387991.jpg

14204335582055221-387992.jpg

14204335582055221-387993.jpg

14204335582055221-387994.jpg

14204335582055221-387995.jpg

14204335582055221-387996.jpg


Lelaki ditahan, bantu siasatan kes bunuh di Buntong


IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di kawasan Buntong, di sini, malam tadi.


Menurutnya, pihak polis menerima maklumat awal mengenai satu pergaduhan sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berada di sebuah premis sewa kereta bersama rakan-rakannya sebelum didatangi sekumpulan suspek yang bertindak menyerang menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala usaha mengesan dan menangkap suspek lain masih giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302, 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana membunuh, mendatangkan kecederaan parah dan merusuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Sumber : Buletin TV3

14204336148233893-387997.jpg

14204336148233893-387998.jpg

14204336148233893-387999.jpg

14204336520786397-388000.jpg

14204336520786397-388001.jpg

14204336520786397-388002.jpg

14204336520786397-388003.jpg

14204336520786397-388004.jpg
 
ec7c97fa874594f03293efd26afde81e69d4a19b1e474

Kredit: IPD Ipoh

Seorang lelaki maut dengan kesan tetakan dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di kawasan Buntong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat awal tentang satu pergaduhan kira-kira 11.10 malam sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di tengah jalan dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam.

“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berada di sebuah premis sewa kereta bersama rakan-rakannya sebelum didatangi sekumpulan suspek yang bertindak menyerang menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata dalam kejadian itu, beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Seorang lelaki berumur 23 tahun yang bekerja sebagai penjaga tempat kereta sewa di lokasi kejadian telah ditahan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek lain masih giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302, 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana membunuh, mendatangkan cedera parah dan merusuh," katanya.

Muhammad Najib berkata mangsa tidak bekerja dan akan datang ke lokasi tersebut bagi membantu di tempat kereta sewa berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

 
nama takde kompem melayu nie
 
0070e5ee490f05f86c2c1f7b3ea25490686625a37e2b1

Datuk Noor Hisam Nordin

Punca seorang lelaki yang maut ditetak di Buntong di sini malam tadi dipercayai berpunca daripada perselisihan antara kumpulan, kata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan konflik antara beberapa individu dalam kumpulan tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

"Berdasarkan siasatan awal, ia lebih kepada gang dispute atau pergaduhan kumpulan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah Kontinjen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Meru Raya hari ini.

Noor Hisam berkata seorang suspek berumur 23 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.

"Rakan-rakan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital (Raja Permaisuri Bainun),” katanya.

 
Back
Top
Log in Register