BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Di Kajang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Di Kajang​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan akibat tikaman di bahagian abdomen di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan pada 8.45 pagi.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an tanpa sebarang dokumen pengenalan diri telah meninggal dunia di tempat kejadian," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal bersama dengan pasukan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat senjata tajam pada tubuh mangsa, dan hasil bedah siasat yang dijalankan Pegawai Perubatan Hospital Kajang mendapati punca kematian mangsa ialah akibat pendarahan di bahagian abdomen susulan kecederaan tikaman.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti identiti mangsa, mengesan saksi dan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

 

14276868769231421-412601.jpg

14276868769231421-412602.jpg


Kes bunuh Bandar Mahkota Cheras: 3 lelaki dilihat alih mayat


Kajang: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai menunjukkan tiga lelaki bekerjasama memindahkan mayat seorang lelaki sebelum ditemui penduduk di Bandar Mahkota Cheras, di sini, semalam.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, lokasi kejadian adalah tempat berkumpul yang kerap bagi pekerja warga asing yang sering mabuk dan juga bergaduh.

Dakwanya, kejadian itu dipercayai mungkin berpunca daripada pergaduhan semasa perhimpunan yang membawa kepada tragedi itu.

"Daripada apa yang saya faham, mangsa mempunyai beberapa luka tikaman di bahagian perut dan tangannya sudah kaku.

"Berdasarkan rakaman CCTV (rakaman kamera litar tertutup), tiga lelaki dilihat bekerjasama untuk memindahkan mayat itu ke atas bangku batu," katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, ketika penduduk pertama menemui mayat itu, individu berkenaan pada mulanya menyangka lelaki terbabit hanya mabuk dan tidak sedarkan diri.

"Walau bagaimanapun, setelah diperiksa dengan lebih dekat, dia mendapati orang itu sudah mati, menyebabkan dia menjerit terkejut," katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan akibat tikaman di bahagian abdomen di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti identiti mangsa.


Sumber : Harian Metro
 
14277716200168477-412831.jpg

14277716200168477-412832.jpg

14277716200168477-412833.jpg

14277716200168477-412834.jpg


Lima warga asing ditahan kes tikam lelaki


KAJANG - Seramai lima lelaki warga asing diberkas bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, di sini pada Isnin.

Terdahulu tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai menunjukkan sekumpulan lelaki bekerjasama memindahkan mayat seorang lelaki sebelum ditemui penduduk.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan lelaki bukan warganegara berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sekitar kawasan kejadian.

"Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menahan lima suspek warga asing berusia antara 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan.

"Seorang suspek telah ditahan semalam (Isnin) dan dibenarkan reman selama enam hari, manakala empat lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, saringan awal air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pada Isnin, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman di kawasan Bandar Mahkota Cheras selepas polis menerima laporan mengenai penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 8.40 pagi.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kajang mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat pendarahan pada bahagian abdomen berpunca daripada kecederaan tikaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register