BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
368901-368901.jpg


Wanita maut dengan tiga kesan tikaman, dipercayai dibunuh anak


Alor Setar: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Zaharullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pada jam 8.45 pagi tadi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya di lokasi kejadian yang disyaki ditikam di bahagian badan serta di pukul di bahagian kepala.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi tadi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian atas dada kiri, kecederaan di pergelangan tangan serta terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri. Setakat ini motif pembunuhan masih dalam siasatan.

"Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syed Basri berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama tiga anaknya dan berikutan itu sepasukan anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan K-9 tiba di lokasi untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, usaha menangkap suspek yang dipercayai salah seorang anak mangsa sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu pihak polis menyeru kepada penama berikut iaitu Amirul Shafiq Shamsul Zahari, berusia 28 tahun, untuk tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes.

"Seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

"Polis memohon kerjasama saksi, khususnya ahli keluarga terdekat mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau di IPD Kota Setar, " katanya.

Syed Basri berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline 04-774 7222 dan Polis Diraja Malaysia k (PDRM) komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.


Artikel : Harian metro
 
e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman disyaki dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tanjung Bendahara di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata Zahrullail Basir, 52, ditemukan dengan tiga kesan tikaman pada bahagian badan termasuk perut serta kesan luka pada kepala dan tapak tangan.

“Pusat Kawalan Daerah Kota Setar menerima panggilan telefon pada 8.45 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan berlaku kejadian bunuh melibatkan ibunya yang disyaki ditikam pada badan dan dipukul pada kepala.

“Mangsa tinggal bersama tiga anaknya dan siasatan awal mendapati beg tangan mengandungi telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas telah hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut dan giat mengesan seorang lelaki Amirul Shafiq Shamsul Zahari dengan nombor kad pengenalan 970524-02-5557 untuk membantu siasatan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih dan mereka mempunyai maklumat berkaitan diminta hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar atau menghubungi talian 04-774 7222.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali jika sabit kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register