BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Dipercayai Dibunuh Di Depan Kedai Makan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Maut Dipercayai Dibunuh Di Depan Kedai Makan​

1687b02c59a7d95c235c8d2304c7f2726a0f0f556a65e

Kredit: IPD Pontian

Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 3.53 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan parah di tangan serta kaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Polis giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang terlibat.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Ahmad Shah Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register