BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Inisiatif MCMC Terpilih Sebagai “Champion Project” Pada Anugerah WSIS Prizes 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Inisiatif MCMC Terpilih Sebagai “Champion Project” Pada Anugerah WSIS Prizes 2026​

34f0dba5f5b28e8fc28e0e7f6f2599056623a5e85065e


Tiga inisiatif yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpilih sebagai “Champion Project” pada anugerah berprestij World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan tiga tonggak utama masa depan digital Malaysia, iaitu membangunkan bakat digital masa hadapan, memperkukuh tadbir urus digital yang dipercayai dan adaptif, serta memupuk masyarakat digital yang berpengetahuan, berdaya tahan dan bertanggungjawab.

Tiga inisiatif MCMC yang menerima pengiktirafan “Champion Project” itu ialah Platform Pembangunan Rangka Kerja dan Kapasiti Kemahiran 5G ASEAN; Tadbir Urus Digital Berpaksikan Manusia Melalui Pelan Lima Tahun MCMC 2030; dan portal Sebenarnya.my.

"Pengiktirafan ini menandakan empat tahun berturut-turut inisiatif digital Malaysia menerima pengiktirafan di pentas WSIS, sekali gus membuktikan keupayaan berterusan negara dalam membangunkan penyelesaian digital yang memberi impak nyata kepada masyarakat.

"Pencapaian ini menyusuli pengiktirafan terhadap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Stingray II (2025); Program Advokasi dan Jangkauan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (2024) serta JENDELA (2023)," menurut kenyataan itu.

Platform Pembangunan Rangka Kerja dan Kapasiti Kemahiran 5G ASEAN yang dibangunkan MCMC melalui rundingan bersama negara-negara anggota ASEAN, pihak industri dan pakar serantau, meletakkan Malaysia sebagai peneraju pemikiran serantau bagi ekonomi 5G ASEAN.

Rangka kerja itu, yang telah diperakukan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN di Hanoi, Vietnam pada Januari lepas, mengenal pasti 50 peranan pekerjaan kritikal, 211 kompetensi serta 12 jurang kemahiran keutamaan dalam ekosistem 5G.

Pengiktirafan terhadap Tadbir Urus Digital Berpaksikan Manusia Melalui Pelan Lima Tahun MCMC 2030 pula mengiktiraf usaha Malaysia dalam menyediakan ekosistem komunikasi dan multimedia negara yang bersedia menghadapi generasi teknologi digital seterusnya.

Portal Sebenarnya.my, portal semakan fakta dan pengesahan rasmi Malaysia yang dibangunkan oleh MCMC, mendapat pengiktirafan atas sumbangannya dalam membanteras penyebaran maklumat palsu dan memperluas akses kepada maklumat yang sahih.

 
Back
Top
Log in Register