Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong inovasi teknologi negara serta usaha pembangunan inklusif dengan mengundi projek Malaysia yang dicalonkan pada Anugerah Sidang Kemuncak Sedunia mengenai Masyarakat Berasaskan Maklumat (WSIS) 2026.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan 10 projek diterajui Malaysia yang disokong oleh MCMC telah disenarai pendek dalam pelbagai kategori pada sidang kemuncak anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Projek yang tersenarai itu merangkumi bidang utama termasuk tadbir urus digital, keselamatan dalam talian, inovasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), teknologi pertanian serta pemerkasaan komuniti.
Antara projek yang dicalonkan ialah Platform Pembangunan Rangka Kerja dan Kapasiti Kemahiran ASEAN 5G Skills; Pelan Pemulihan Komunikasi dan Infrastruktur (CIDR;Tadbir Urus Digital Berpaksikan mausia Melalui Pelan Lima Tahun MCMC 2030, serta AgriNXT: Bahagian Oil Palm Chapter (OPC).
Turut tersenarai ialah AGRINXT Northern Chapter MCMC: Memperkasa Penternak Ternakan Malaysia Dengan Anggaran Berat Lembu Berasaskan AI, dan AGRINXT Northern Chapter MCMC: Memperkasa Pesawah menerusi Pengesanan Penyakit Padi Berasaskan AI.
Portal Sebenarnya.my; Kempen Internet Selamat; Pengawasan Sisa Elektronik Melalui Kerjasama Komuniti untuk Tindakan Peredaran Bertanggungjawab; serta Memperkasakan komuniti bagi penerimagunaan AI yang sihat dan beretika melalui program Microsoft AI TEACH MCMC MCMC Microsoft AI TEACH program turut tersenarai dalam pencalonan itu.
Selaras dengan tema WSIS tahun ini, iaitu memanfaatkan ICT bagi mempercepat pembangunan mampan dan membina masa depan digital yang inklusif, penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memanfaatkan teknologi untuk kemajuan, ketahanan dan kemakmuran bersama.
“Tahun ini, Malaysia terus memainkan peranan sebagai Rakan Strategik Platinum, yang menyumbang secara berterusan dalam dialog global mengenai inovasi teknologi serta mengukuhkan kemunculan Asia Tenggara sebagai hab dinamik inovasi digital.
“Usaha ini menunjukkan pendekatan holistik Malaysia dalam memanfaatkan teknologi bagi pembangunan negara, daripada memperkukuh ketahanan dan tadbir urus digital sehingga memperkasakan komuniti serta menggalakkan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.
MCMC Seru Rakyat Sokong Projek Yang Tercalon Pada anugerah WSIS 2026
MCMC, Anugerah WSIS 2026, ITU, sokongan, undian, M