BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kandungan Berunsur Fitnah, Hina Institusi Diraja Johor, PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis menahan tiga individu termasuk remaja berumur 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan melalui aplikasi TikTok yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, institusi diraja Johor, Ketua Polis Johor dan Perdana Menteri.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dalam kenyataan berkata dua wanita dan seorang lelaki berumur lingkungan 17 hingga 49 tahun itu ditahan di Taman Saujana di sini, awal pagi tadi.

“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun 'ratunurputribalqis' didakwa mengandungi kenyataan fitnah terbabit, Ahad lepas,” katanya.

Antara kandungan dalam hantaran itu ialah dakwaan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor serta Perdana Menteri mendapat nasihat daripada pemilik akaun berkenaan dalam penyediaan teks ucapan.

Selain itu, kandungan terbabit turut memaparkan fitnah kononnya Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalan diri pemilik akaun berkenaan bagi tujuan tertentu berkaitan ajaran yang dibawanya.

Inti pati kandungan hantaran itu juga termasuk membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor kononnya terlibat dalam salah laku dan rasuah serta menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat.

Ab Rahaman berkata semakan dibuat mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan adalah negatif.

Beliau berkata pihaknya turut melakukan beberapa rampasan untuk siasatan dan Mahkamah Majistret di sini membenarkan mereka direman selama empat hari hingga 3 April ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, serta Seksyen 298 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register