BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Kaitkan Institusi Diraja Dengan Polemik Politik - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jangan Kaitkan Institusi Diraja Dengan Polemik Politik - PM Anwar​

9b006547145e67bddcd050071d694ec86a3ba5e5c776e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Dengan Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Melaka.

-fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengaitkan institusi diraja dalam polemik politik, khususnya ketika suasana menjelang pilihan raya.

Beliau menegaskan sebarang perbezaan pandangan atau kenyataan yang timbul dalam kalangan ahli politik perlu ditangani secara matang tanpa melibatkan institusi diraja.

"Ini pilihan raya, biar yang terlibat (sahaja yang berpolitik). Jangan kaitkan institusi suci Raja-Raja," kata beliau.

Anwar berkata pemberita selepas menghadiri Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyindir institusi diraja ketika berucap pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Johor, Isnin lepas.

Terdahulu, majlis sesi santai itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.

 
Back
Top
Log in Register