BTC USD 84,281.9 Gold USD 4,147.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread deleted

Status
Not open for further replies.
Aku hadir tazkirah utk ilmu mengenal ni 2 hari.. short course dlm masa 16 jam.

Boleh terang tak dkt aku mcmana nak terang time masa teraweh.

Dan short course tu pendengar kena hadir 2 hari berturut2.


........


Aku simplifiedkan tanpa bahasa sastera atau aku bg bahasa mudah paham.

Allah bukan 1.. dia esa..

Maksudnya .. sifat mustahil allah adalah apa yg ada pd makluk ( manusia.. haiwan.. tumbuhan2 .. planet )

Allah meliputi segala benda yg ada di langit dan dibumi.. ( buka kamus apa maksud meliputi )

Maksudnya.. hang nak tau allah tu wujud ka dak.. tgk pd penciptaannya.. dan allah tak sama langsung dgn apa yg dia cipta.


Sifat2 99 allah tu ulama dah simplifiedkan.. tp bila dah mengenal allah ni.. kita boleh buat huraian kesemua sifat.


Contoh sifat allah maha mengetahui.

Kenapa allah tu semua dia tau..

Rujuk balik kewujudan allah.. ia meliputi keseluruhan..

Bila dia meliputi keseluruhan.. so dia tau semua la.. hang korek idung ka.. hang berak ka.. hang bawak keta la.. segala yg berlaku dlm pengetahuan allah..


Kenapa allah maha berkuasa?

Allah meliputi segalanya.. dgn izinNya sahaja kita diberikuasa olehNya utk bergerak.. jantung berdenyut.. paru2 proses oksidgen.. daun2 luruh drpd pokok.. kereta bergerak.. angin bertiup..


Kenapa allah maha penyayang?

Dgn kita tak semayang.. kita dok kata tuhan zalim.. kita dok sangka buruk.. kita dok buat benda2 dia larang pun.. allah masih izinkan jantung kita berdenyut.. hidung utk bernafas supaya kita boleh taubat.


Kenapa allah maha pengampun..

Rujuk dkt atas..


Kenapa allah maha adil..

Sifat ini berkait dgn sifat allah maha mengetahui dan maha besar..



Soklan killer..

Time korang baca komen aku ni.. allah ada dkt mana? .. jawapan ada aku tulis dkt atas..

Kalau korang masih tak dpt jawapan.. baca balik komen aku dkt atas.

apa yg sdara bgthu ni tiada yg slh..melainkan betul2 blaka.
cumanya klu berbalik kepada persoalan tt...knapa salah bila jawab Allah tu tuhan kita?sbb soalan dia yg asas siapa tuhan kamu?

dan apa sdara britahu ni dah masuk ilmu tauhid..sifat-sifat Allah.klu diberitahu masa untuk bljr sifat 20 ni lama dan tak sempat nak trgkan time waktu traweh..knapa pula ustaz tu bertanya soalan tersebut tak kena pd masanya?bg aku nak smpikan ilmu ni kna tgk juga sapa yg mendengarnya.

time traweh..budak2 belum sunat yg baru nak bljr solat pon ada.mesti dia pening bila ustaz tu jawab salah...nk smpikan ilmu ikut lah level sapa yg mndgrnya..
 
Kalau dulu sebelum kena.. mmg ini jawapan lazim..

Jawapan kurang tepat..


Jawapan paling tepat.. allah sentiasa bersama kita.


Allah bersama org2 yg bersabar --- kurang tepat.. allah bersama semua makhluk..

Allah bersama2 dgn org beriman.. ---- allah ada sikap pilih kasih ke?? Tak jadi maha adil la mcm tu..


Tak kira dkt mana pun kita.. allah sentiasa bersama kita.

Ni aku tulis bahasa paling senang faham. Kalau nak cerita betulnya.. allah tak suh kita berfikir atau imagine bagaimana ruPAnya.. itu tidak penting.


Paling penting ialah kita manusia tahu secara rasional.. secara logik dan secara nyata allah itu wujud.


Sebab tu dosa yg tak diampun ialah syirik.


Dan dimana kurang tepatnya allah ada dimana2..

Bila difahami allah ada dimana2.. ia seperti allah itu secara mudahnya..

1. Ramai..
2. Pantas bergerak..
3. Boleh dihitung
4. Mempunyai tempat..

Kesemua di atas adalah sifat mustahil allah..

Maksud mustahil sifat yg takda kena mengena langsung dgn tuhan..

Sifat yg ada pd makhluk adalah mustahil bg tuhan.

Sifat makhluk contoh..

1. Boleh dibilang.. dikira.. 1 org.. 2 org.. 3 org..
2. Mengambil tempat.. contoh manusia perlukan ruang kerana berjasad..
3. Terikat dgn masa... semua benda dlm dunia ni terikat dgn masa..
4. Boleh beranak dan mati..
5. Melakukan kesilapan..
6. Emosi.. saikologi..

Dan mcm2 lg la..

Selagi sifat yg ada pada makhluk tu ada.. ia adalah sifat mustahil bg tuhan.


So tuhan manakah yg kita sembah hari2 ??

Semayang tapi tak kenal tuhan.. ibarat posmen hantar surat tapi takda alamat.

Enta mempunyai kefahaman yang tinggi,,,penerangan yang baik mashaAllah:)cgrock
 
Allah itu maksudnya 'Tuhan Itu' ...

siapa Tuhan kita tak tahu...

kita just boleh cakap 'Tuhan Itu' atau 'Pencipta Itu' tanpa sebut nama...

bagi aku, Islam tak tahu siapa Tuhan...tapi Islam yakin akan adanya Tuhan dan sifat-sifat Tuhan
 
Allah itu maksudnya 'Tuhan Itu' ...

siapa Tuhan kita tak tahu...

kita just boleh cakap 'Tuhan Itu' atau 'Pencipta Itu' tanpa sebut nama...

bagi aku, Islam tak tahu siapa Tuhan...tapi Islam yakin akan adanya Tuhan dan sifat-sifat Tuhan

Katakanlah dia itu Allah. :)
 
Saya selalu tanya soalan ni dkt diri sendiri.. alhamdulilah semua dah terjawab.. la ni p mana2 pun tahu allah tu wujud dgn saya.

Apa kesan terhadap saya lepas pencerahan mengenai ilmu mengenal..

1. Saya tahu kesemua yg berlaku dgn izin.. saya lebih redha dgn apa yg berlaku dan tahu hakikat itu semua ujian..

2. Saya lebih berhati2 dlm berkata2.. sebab sedar kita manusia hak kita hanyalah apa yg kita ungkapkan.. apa yg kita dgr dan apa yg kita lihat.. yg lain semua pimjaman.

3. Sedar akan realiti dosa dan pahala..

4. Lebih faham hakikat dlm beragama..


Ada byk sebenarnya perubahan lepas saya hadiri sesi pencerahan tu.. alhamdulilah

Alhamdulillah... seperti juga saya...tetapi tidak terlepas melakukan dosa..
DR Zakir naik pun klw non muslim tanya siapa itu Allah...ianya ada jelas di dalam surah AL IKHLAS...
 
Tuhan tu pencitpta kita la. Seluruh alam semesta
 
masa mula2 nabi sebarkan dakwah islam tak la susah dan sukar untuk difahami macam ni....

orang skang jer pelik2....

tah lak... naper la nk disusahkan ngn perkara yang tak sepatutnya susah...DOL betul ustaz tu...

bikin perbalahan... apepasal ajar sekerat2 ostad oiii!!
 
Alhamdulillah... seperti juga saya...tetapi tidak terlepas melakukan dosa..
DR Zakir naik pun klw non muslim tanya siapa itu Allah...ianya ada jelas di dalam surah AL IKHLAS...

Ya.. dosa itu normal.. kerana kita manusia..

Ya surah al ikhlas ada menerangkan secara spesifik bagaimana yg disifatkan sebagai allah..

Tapi huraian lebih panjang lebar ada disebutkan dlm hadis saheh.
 
Assalam...


Sorry to say. Bagi saya eloklah ditutup thread ni. Akan menyebabkan keraguan dan was2 yang tidak sepatutnya. Persoalan2 seperti ini yang akan mewujudkan perasaan untuk memikir perbandingan. Menyebabkan sesiapa yang kurang kefahaman akan mula melihat dzat tuhan dan cuba membandingkannya dengan sifat manusia. Sebab logik akal manusia akan cuba memahami dengan membandingkan sesuatu yg sudah sedia wujud di sekelilingnya. Sedangkan dzat tuhan itu tidak menyamai apa yg ada pada makhluknya. Ini yg paling penting individu kene faham.

Tuhan melihat tidak sama seperti makhluknya melihat dengan mata
Tuhan mendengar tidak sama seperti makhluknya mendengar dengan telinga
Tuhan berkata tidak sepertinya ciptaannya berkata-kata menggunakan mulut

Cukuplah kita memahami dengan Allah itu tuhan kita. Tuhan ialah pencipta kita dan alam semesta, dan sifat tuhan itu tidak menyamai satu apapun dengan ciptaannya. Kenapa dikatakan tuhan melihat, berkata dsb-nya? Kerana itu adalah paling mudah untuk disampaikan bagaimana tuhan mentadbir dan menjaga segala makhluknya(makhluk - khuluk - ciptaan:pencipta - arab) . Jadi kita semua ini adalah ciptaannya. X kan sama seperti pencipta sepertimana apa yg kita lukiskan pada kertas tidak sama dengan yang sebenarnya walau se'real' mana lukisan kita itu.

Asma al husna itu adalah gelaran Allah. Kesemuanya ada di dalam Al quran. Menunjukkan juga dzatnya. Tetapi bukanlah juga untuk dibuat perbandingan kononnya untuk mengenalinya. Nak belajar makrifatuAllah sudah diterangkan pada tanda2nya yang telah ditetapkan pada apa yang diciptakan pada sekelilingnya. Jadi jangan pergi ke jalan yang kita tidak tahu kerana semakin kita mempelajari apa yamg kita tidak faham akan semakin menyesatkan kita.



Jadi nasihat saya, sebelum belajar membincangkan perkara2 seperti ini eloklah dipelajari sejarah perkembangan ilmu islam dahulu. Semenjak bila wujudnya sufism, kenapa wujudnya panduan sifat 20 Allah, kenapa dikumpulkan asma tuhan, sejarah syiah, sejarah muktazilah, kenapa ateis wujud dan pelbagai. Dari situ korang akan dapat sedikit kefahaman.

Atau mudahnya belajar fardu ain dan kenalilah sejarah islam sudah cukup. Yang penting pengamalannua.Terlalu memikirkan sesuatu yang tidak dapat jawapan bukan sesuatu yg baik. Dalam islam percaya kepada ghaib adalah wajib, namun kerana ianya adalah ghaib hanya beriman sahaja bukan bermakna untuk dikaji tanpa sebarang sumber yg jelas.

Maaf. Takut ada yang tak faham. Saya berhenti di sini.
 
Last edited:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (golongan Musyrikin) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
(Az-Zukhruf 43:9)
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register