BTC USD 84,281.9 Gold USD 4,147.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread deleted

Status
Not open for further replies.
soalan jenis mcm ni bleh tanya kat org biasa ke, nih soalan utk ahli makrifat, tanya kat ahli syariat mmg takkan ngam le.. betul ke ustaz yang tanya tu..

Pelik jawapan tuan..

Kita ni semua seagama..

Sepatut2nya kita semua menguasai semua ilmu dlm islam..

Tauhid.. syariat.. fekah.. tu hanya cabang..

Makrifat tanpa syariat.. mmg sesat..
Syariat tanpa makrifat pun sama sesat..

Syariat dan makrifat perlu seiring.. ibarat isi dan kuku..

Pernah dgr org cakap ke.. amal islam separuh2.. apa hukumnya? ..

Aku tak gemar berbicara bab hukum.. tapi untuk pengetahuan kita semua.. ilmu makrifat ni bukan ilmu tinggi dlm islam.. ilmu mengenal ni ilmu asas basic islam.. kalau tadika mcm ilmu ABC ..

Adakah ilmu ABC dalam islam tu terlalu susah? Ia bukannya susah.. ia hanya salah tanggapan terhadap ilmu.

Dan ilmu mengenal perlu merujuk kepada ustaz yg mengajar ilmu ni. Mostly dlm mesia... kebanyakan ustaz hanya dibenarkan bercakap mengenai syariat.. tetapi ilmu hakikat digelapkan terus drpd umum.

Lebih pilu.. guru2 hakikat ini kebanyakan diwartakan sesat oleh pejabat agama..

Sebab itu guru2 hakikat byk yg pasif dan muslim yg betul2 ingin tahu akan konsisten mencari ustaz2 ni maybe ambil sedikit masa sebelum berjumpa.


Syariat = ilmu bagaimana ia harus dilakukan.. ilmu perintah allah yg perlu ditaati oleh manusia.. hukum hakam.. ibadat..

Hakikat = ilmu mengapa ia harus dilakukan.. kenapa allah perintahkan kita semayang.. kenapa kita berpuasa.. kenapa kita kena berniaga.. hikmah hukum yg disuruh oleh allah..

Pernah dgr nabi cakap .. umat islam akhir zaman mcm buih2..

Kenapa?? .. kerana umat islam hanya menuruti syariat tanpa asas ilmu.

Ustaz kata.. islam suruh sembahyang..

Kita tanya ustaz.. kenapa islam suh sembahyang? .. bg sebab kuat kenapa saya kena sembahyang? ..

Ustaz kata.. islam suruh hang kena ikut la..

Kita jawab.. mmg la islam suruh.. tapi kenapa? Sebelum nak buat something atas nama agama.. kita ada hak jugak tanya kenapa kita kena buat..

Ustaz kata pulak.. tak boleh aa.. sembahyang sudah la.. cakap byk pulak budak ni..


Cuba bayangkan ustaz atas tu ada ilmu hakikat.. dia akan terangkan satu persatu kenapa allah suruh kita sembahyang. Ia berkait rapat dgn mula2 penciptaan adam dulu.


Apabila kita tau.. kenapa dan atas sebab apa kita diperintahkan sembahyang.. solat kita terisi dgn iman dan khusyuk. Sebab kita tahu allah bersama kita dan kita tahu atas alasan apa yg allah perintahkan kita solat... dan kita akan solat dgn penuh komitmen dan dedikasi..
 
Last edited:
aku paling tak suka soalan2 mcm ni.. seperti sapa itu Allah.. Allah tu kat mana...sayang Allah ke cinta Allah lebih kurang sama la mcm ni... semua nya persoalan... ni la orang yang suka2 berpikir tentang Allah
 
korang letak rukun iman pertama kat mane? boleh plak main soalan was2 mcm ni, asas iman tu adalah percaya, sejauh mana kita percaya sejauh tu la iman kita, tuhan kita, Allah tu Esa. mmg xkn terbayang,xleh nk bandingkn dgn ape2 yg ada.hanya hati kita menentukan bersandarkan pada iman kita, boleh korang was2?pastu tnye soalan nak was2 kan org
 
korang letak rukun iman pertama kat mane? boleh plak main soalan was2 mcm ni, asas iman tu adalah percaya, sejauh mana kita percaya sejauh tu la iman kita, tuhan kita, Allah tu Esa. mmg xkn terbayang,xleh nk bandingkn dgn ape2 yg ada.hanya hati kita menentukan bersandarkan pada iman kita, boleh korang was2?pastu tnye soalan nak was2 kan org

Kepercayaan dan keyakinan adalah 2 perkara yang berbeza.

Pada zaman dahulu,di sebuah kota terdapat satu pertunjukkan sarkas.Persembahan diadakan di tengah-tengah pasar.

Seorang ahli sarkas menggunakan panah sebagai alat pertunjukkan.Dalam jarak 20 kaki terdapat pembantu beliau yang memegang sebiji tembikai dan diletakkan di atas kepalanya.Semua penonton terdiam.Pemanah tersebut menarik busur dan melepaskan panahnya dan tepat mengenai tembikai tersebut.Kesemua penonton yang ada bertepuk tangan.

Kemudian,pembantu beliau menggantikan buah tembikai yang dipegangnya tadi dengan buah tembikai susu.Sekali lagi pemanah tersebut menarik busurnya.Semua penonton yang hadir sekali lagi tergamam dan menanti dengan berdebar-debar.Suasana sunyi seketika.Pemanah tersebut pun melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai sasarannya.Sekali lagi penonton berasa takjub dan bertepuk tangan.

Untuk memeriahkan lagi keadaan,pembantu pemanah tadi menggantikan buah tembikai susu dengan buah manggis.Suasana menjadi sangat sunyi.Dengan cara yang sama,pemanah menarik busurnya dan melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala pembantunya.Untuk kali yang ketiganya,semua hadirin bertepuk tangan dan memuji kehandalan pemanah tersebut.

Apabila keadaan agak reda sedikit,pemanah membuat tawaran kepada hadirin untuk menggantikan tempat pembantunya dan akan menerima hadiah.Semua hadirin terdiam dan tiada sesorang pun yang sanggup menggantikan tempat pembantunya.Pemanah tersebut memandang seorang demi seorang muka penonton.Salah seorang penonton menjawab,"Kami percaya kamu mampu memanah dengan baik tetapi kami tidak yakin,".

Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 5-6 tahun mengangkat tangan dan bersedia untuk menggantikan tempat pembantu pemanah tadi.Pada mulanya,hadirin yang berada di sekitar kanak-kanak ini memarahi dan menyuruh kanak-kanak tersebut supaya melupakan hasratnya.Sebaliknya kanak-kanak tersebut terus melangkah dengan tenang ke tengah-tengah pentas.

Sebaik sahaja tiba di tengah pentas,dia terus mengambil buah manggis dan meletakkannya di atas kepala.Pemanah tersebut sambil tersenyum menarik busurnya.Semua hadirin tergamam dan terdiam.Apabila anak panah dilepaskan,ianya tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala kanak-kanak tadi.Muka kanak-kanak tersebut tetap tenang sepertimana sebelum ia naik ke pentas.

Seorang hadirin mendekati kanak-kanak tadi dan bertanya kenapa dia sedikitpun tidak risau atau takut.Kanak-kanak tersebut menjawab,"Pemanah itu ialah ayah saya.Saya percaya ayah saya menyayangi saya dan yakin ayah saya tidak akan mencederakan saya,".Tamat.

Sumber
 
korang letak rukun iman pertama kat mane? boleh plak main soalan was2 mcm ni, asas iman tu adalah percaya, sejauh mana kita percaya sejauh tu la iman kita, tuhan kita, Allah tu Esa. mmg xkn terbayang,xleh nk bandingkn dgn ape2 yg ada.hanya hati kita menentukan bersandarkan pada iman kita, boleh korang was2?pastu tnye soalan nak was2 kan org

Maafkan sy kalau soalan sy ni buatkan saudara jadi was2..
Sebut pasal iman..apa itu iman?iman ada berapa bahagi?apa fardhu dan kesempurnaan iman?

Mesti masing-masing carik kat google kan..:)
 
penjelasan meihensem tu aku rasa yang paling simple dah.mungkin sesetengah orang faham bila baca. ada yang perlu dengar. ada yang perlu buat baru faham.
 
jgn jgn syiah kot... kerja nak sesat dan menyesatkan...

Perkataan saudara adalah "jgn-jgn". Maknanya saudara pun tidak tahu benar atau salah. Jadi, kenapa kita lebih suka menuduh dari berfikir?Kenapa kita terus menghukum "sesat dan menyesatkan'?Adakah kita terlalu yakin apa yg kita tahu ni adalah semuanya kita tahu?
 
Assalamualaikum. Salam Ukhwah.

Semalam ana menghadiri tazkirah selepas tarawikh 4 rakaat. dalam tazkirah tersebut, Ustaz tersebut bertanya pada jemaah 'siapakah Tuhan bg umat Islam?'

Secara spontan nya, rmai yang bagi jawapan 'Allah'(termasuk ana)

Then, Ustaz tu kata bukan. sebab 'Allah' ialah nama bagi Tuhan.tu yang dia kata betapa pentingnya belajar ilmu tauhid.

Ustaz tu sengaja x bg jawapan sebab saya faham dia suh kita sendiri cari jawapan.

Jadi, ada siapa2 kat sini boleh share jawapan.(nie pun salah satu cara ana cari ilmu kan?)

Terima kasih.

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Salam Aidilfitri

Waa'laikumsalam saudara,

Apa yg ustaz tu beritahu pada saudara adalah bagus untuk mengingatkan kita soal Tauhid. Sekurang2nya, dia membuatkan kita terfikir untuk mencari dan mendalami lagi ilmu. Di dalam Al-Quran ada Firmannya : "Sedangkan kamu lebih utamakan hidup didunia. Padahal akhirat itu lebih baik dan kekal".Surah Al-A'la.

Kita kalau bab ilmu dunia kalau boleh nak amik sampai PHD,dan kalau nak berjaya kat dunia ni macam2 ilmu kita duk carik. Sanggup kita invest kan duit dan tenaga untuk mencari dan belajar tapi dalam bab ilmu akhirat masing2 tidak mahu mencari dan mendalami ilmunya.

Tetapi saudara, ada baiknya jika soal ini kita berjumpa dan berdepan utk duduk bermuzakarah dari menimbulkan keraguan pada org yg mmg sudah dalam keliru.:)
 
aku paling tak suka soalan2 mcm ni.. seperti sapa itu Allah.. Allah tu kat mana...sayang Allah ke cinta Allah lebih kurang sama la mcm ni... semua nya persoalan... ni la orang yang suka2 berpikir tentang Allah


Saya selalu tanya soalan ni dkt diri sendiri.. alhamdulilah semua dah terjawab.. la ni p mana2 pun tahu allah tu wujud dgn saya.

Apa kesan terhadap saya lepas pencerahan mengenai ilmu mengenal..

1. Saya tahu kesemua yg berlaku dgn izin.. saya lebih redha dgn apa yg berlaku dan tahu hakikat itu semua ujian..

2. Saya lebih berhati2 dlm berkata2.. sebab sedar kita manusia hak kita hanyalah apa yg kita ungkapkan.. apa yg kita dgr dan apa yg kita lihat.. yg lain semua pimjaman.

3. Sedar akan realiti dosa dan pahala..

4. Lebih faham hakikat dlm beragama..


Ada byk sebenarnya perubahan lepas saya hadiri sesi pencerahan tu.. alhamdulilah
 
den cuba jwb...allah dimana2 sbb allah tu meliputi segala sesuatu...kalo salah tolong betolkan..:)

Tak betul, ada sifat 'mustahil' bagi Allah, contohnya Allah tidak berada di tempat yang kotor. Jadi mengatakan Allah dimana2 adalah tertolak.

wallahualam
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register