Mata_Pena
Forum Troll, Multiple ID Cricket

- Messages
- 5,397
- Joined
- Oct 22, 2008
- Messages
- 5,397
- Reaction score
- 1,864
- Points
- 141
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi hari ni aku diberi usikkan dihati utk berkongsi serba sedikit tazkirah ringkas kepada kawan2 semua. sebagai secebis sumbangan kepada dakwah.
spt yg tertulis dalam tajuk, ini akan jadi thread paling boring pada tahun ni, kerana apa? anda boleh la fikir kan sendiri.
Dengan Nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani aku mulai dengan perkongsian pertama nasihat utk diri aku sendiri yg aku ingin kongsikan bersama kawan
Maksiat Menghalangi Cahaya Ilmu
Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Baik ilmu yang diperlukan untuk dunia ini sahaja seperti ilmu Sains, Kedoktoran, Astronomi dan sebagainya, mahupun ilmu yang diperlukan untuk dunia dan akhirat kita seperti ilmu-ilmu Fikih, Tauhid dan seumpamanya, kedua-duanya ilmu ini sangat penting untuk kita pelajari.
Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita:
“Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.”
Namun demikian saudara, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak mulia, jujur, amanah, menghormati dan memuliakan orang lain, tidak meremeh-remehkan, merendah-rendahkan, atau menyalahkan orang-orang yang berbeza pendapat dengannya dan sebagainya.
Ingatlah, kata-kata Imam al-Syafie dalam syairnya:
شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي
, فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي
وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ,
ونورُ الله لا يهدى للعاصي
Maksudnya:
“Aku mengadu kepada guruku Waki’ mengenai buruknya hafalanku.
Dia membimbingku supaya meninggalkan segala maksiat.
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya.
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.”
marilah kita mula merubah pemikiran kita, cara hidup kita utk lebih bersederhana dalam semua perkara dan tidak terjebak dgn provokasi2 yg kelak menghancurkan kita.
Jgn leka dgn dunia, jgn risaukan pemerintah, politik, wang, dan sebagainya. Allah dah aturkan semua cantik2 utk kita.
Ape yg penting kita fokus pada memantapkan amalan kita secara individu dulu, Jika semua org berubah.. Insyallah Islam akan kembali bersinar
.