BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread deleted

Status
Not open for further replies.
macam typo jer.

Sori typo...#:-S...Saya perbetulkan...

Masa kalimah syahadah dia dah pun beriktiqad...Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...
 
Susah nk terang n faham tauhid ni..

Tak susah tuan.. just clear your mind.. dan sedikit komitmen utk hadam.


Sewaktu saya ke tazkirah ilmu mengenal.. kami disuruh kosongkan minda.... record voice.. buat note jika ada tak faham..selesai tazkirah satu chapter.. ustaz akan buka QNA ..

Time tu tanya la apa nak tanya.. dah semua faham.. baru masuk next chapter.
 
apa la pening kepala dok pikir...kan dah terang lagi bersuluh yg TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH....

apa la susah sgt tt...jawapan simple je...kemudian kalau nak tau sifat2 allah...semak je la 99 nama Allah...dlm 99 tu semua ada...tak kurg satu pun...

dan kita boleh juga baca terjemahan surah al ikhlas...mendalam
maksudnya...

jd adakah tuhan selain Allah? maka jawapannya sangat mudah...TIADA TUHAN SELAIN ALLAH....

wallahualam...

semoga sama sama kita diberi hidayah..
 
99 tu sifat ke nama?..camne nk kenal tuhan..kalau x kenal sifat..ramai yg kenal nama..tp dikata sifat..yg dikata sifat tu..adalah sifat 20..
 
Jadi bila ditanya siapa tuhan..betullah jawapan dia Allah..xde salah pun..xyah nak kompius2..huwa wahidu ahadu..Dialah tuhan yg Maha satu lagi maha Esa..
 
kerja puak2 ni bg konpius org je... pastu yakin hebat...
 
kerja puak2 ni bg konpius org je... pastu yakin hebat...

Kalau ikut Alber Einstein,kalau nak make sure kita faham sesuatu topik tu,firstly kita kene explain kat budak umur 4 tahun.Kalau budak tu boleh faham apa yg kita explain,maknanya kita memang faham topik tu.

Patutnya pejabat agama buat tapisan dulu untuk sape2 yg nak bagi tazkirah kat masjid n surau kene explain topik agama kat budak umur 4 tahun sampai faham dulu. :))
 
Assalam...


Sorry to say. Bagi saya eloklah ditutup thread ni. Akan menyebabkan keraguan dan was2 yang tidak sepatutnya. Persoalan2 seperti ini yang akan mewujudkan perasaan untuk memikir perbandingan. Menyebabkan sesiapa yang kurang kefahaman akan mula melihat dzat tuhan dan cuba membandingkannya dengan sifat manusia. Sebab logik akal manusia akan cuba memahami dengan membandingkan sesuatu yg sudah sedia wujud di sekelilingnya. Sedangkan dzat tuhan itu tidak menyamai apa yg ada pada makhluknya. Ini yg paling penting individu kene faham.

Tuhan melihat tidak sama seperti makhluknya melihat dengan mata
Tuhan mendengar tidak sama seperti makhluknya mendengar dengan telinga
Tuhan berkata tidak sepertinya ciptaannya berkata-kata menggunakan mulut

Cukuplah kita memahami dengan Allah itu tuhan kita. Tuhan ialah pencipta kita dan alam semesta, dan sifat tuhan itu tidak menyamai satu apapun dengan ciptaannya. Kenapa dikatakan tuhan melihat, berkata dsb-nya? Kerana itu adalah paling mudah untuk disampaikan bagaimana tuhan mentadbir dan menjaga segala makhluknya(makhluk - khuluk - ciptaan:pencipta - arab) . Jadi kita semua ini adalah ciptaannya. X kan sama seperti pencipta sepertimana apa yg kita lukiskan pada kertas tidak sama dengan yang sebenarnya walau se'real' mana lukisan kita itu.

Asma al husna itu adalah gelaran Allah. Kesemuanya ada di dalam Al quran. Menunjukkan juga dzatnya. Tetapi bukanlah juga untuk dibuat perbandingan kononnya untuk mengenalinya. Nak belajar makrifatuAllah sudah diterangkan pada tanda2nya yang telah ditetapkan pada apa yang diciptakan pada sekelilingnya. Jadi jangan pergi ke jalan yang kita tidak tahu kerana semakin kita mempelajari apa yamg kita tidak faham akan semakin menyesatkan kita.



Jadi nasihat saya, sebelum belajar membincangkan perkara2 seperti ini eloklah dipelajari sejarah perkembangan ilmu islam dahulu. Semenjak bila wujudnya sufism, kenapa wujudnya panduan sifat 20 Allah, kenapa dikumpulkan asma tuhan, sejarah syiah, sejarah muktazilah, kenapa ateis wujud dan pelbagai. Dari situ korang akan dapat sedikit kefahaman.

Atau mudahnya belajar fardu ain dan kenalilah sejarah islam sudah cukup. Yang penting pengamalannua.Terlalu memikirkan sesuatu yang tidak dapat jawapan bukan sesuatu yg baik. Dalam islam percaya kepada ghaib adalah wajib, namun kerana ianya adalah ghaib hanya beriman sahaja bukan bermakna untuk dikaji tanpa sebarang sumber yg jelas.

Maaf. Takut ada yang tak faham. Saya berhenti di sini.

Ini komen terbaik dari seorg yg berilmu...tanpa memikirkan sgt persoalan yg dibawa oleh ust.tt, adalah lebih baik melakukan perkara sebagaimana yg disarankan diatas..wallahualam..
 
Kepada semua org muslim.....kenapa dalam TV banyak pelakon berdoa smbil kepala tengok ke atas?? kalu bukan pelakon pun mungkin anda sendiri..... kenapa yerr??? renung2kan....
 
masa mula2 nabi sebarkan dakwah islam tak la susah dan sukar untuk difahami macam ni....

orang skang jer pelik2....

Kan?

Aku cukup menyampah ustaz yang suka cakap tak habis.

Sekerat2.

Suka tengok orang termanggu2 agaknya.

Cam dia jer pandai/berilmu.



Ada sorang ustaz muda kat masjid sebut pasal tips kalau nak anak lelaki atau anak perempuan.

Tapi ustaz tu tak nak citer.

Ustaz Uda Kasim ok jer citer kat Selangor FM.




Rasulullah SAW tak suka nak menyusahkan umat dia.

Contoh seperti 'Bismillah' dan Solat Terawih.
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register