Assalam...
Sorry to say. Bagi saya eloklah ditutup thread ni. Akan menyebabkan keraguan dan was2 yang tidak sepatutnya. Persoalan2 seperti ini yang akan mewujudkan perasaan untuk memikir perbandingan. Menyebabkan sesiapa yang kurang kefahaman akan mula melihat dzat tuhan dan cuba membandingkannya dengan sifat manusia. Sebab logik akal manusia akan cuba memahami dengan membandingkan sesuatu yg sudah sedia wujud di sekelilingnya. Sedangkan dzat tuhan itu tidak menyamai apa yg ada pada makhluknya. Ini yg paling penting individu kene faham.
Tuhan melihat tidak sama seperti makhluknya melihat dengan mata
Tuhan mendengar tidak sama seperti makhluknya mendengar dengan telinga
Tuhan berkata tidak sepertinya ciptaannya berkata-kata menggunakan mulut
Cukuplah kita memahami dengan Allah itu tuhan kita. Tuhan ialah pencipta kita dan alam semesta, dan sifat tuhan itu tidak menyamai satu apapun dengan ciptaannya. Kenapa dikatakan tuhan melihat, berkata dsb-nya? Kerana itu adalah paling mudah untuk disampaikan bagaimana tuhan mentadbir dan menjaga segala makhluknya(makhluk - khuluk - ciptaan

encipta - arab) . Jadi kita semua ini adalah ciptaannya. X kan sama seperti pencipta sepertimana apa yg kita lukiskan pada kertas tidak sama dengan yang sebenarnya walau se'real' mana lukisan kita itu.
Asma al husna itu adalah gelaran Allah. Kesemuanya ada di dalam Al quran. Menunjukkan juga dzatnya. Tetapi bukanlah juga untuk dibuat perbandingan kononnya untuk mengenalinya. Nak belajar makrifatuAllah sudah diterangkan pada tanda2nya yang telah ditetapkan pada apa yang diciptakan pada sekelilingnya. Jadi jangan pergi ke jalan yang kita tidak tahu kerana semakin kita mempelajari apa yamg kita tidak faham akan semakin menyesatkan kita.
Jadi nasihat saya, sebelum belajar membincangkan perkara2 seperti ini eloklah dipelajari sejarah perkembangan ilmu islam dahulu. Semenjak bila wujudnya sufism, kenapa wujudnya panduan sifat 20 Allah, kenapa dikumpulkan asma tuhan, sejarah syiah, sejarah muktazilah, kenapa ateis wujud dan pelbagai. Dari situ korang akan dapat sedikit kefahaman.
Atau mudahnya belajar fardu ain dan kenalilah sejarah islam sudah cukup. Yang penting pengamalannua.Terlalu memikirkan sesuatu yang tidak dapat jawapan bukan sesuatu yg baik. Dalam islam percaya kepada ghaib adalah wajib, namun kerana ianya adalah ghaib hanya beriman sahaja bukan bermakna untuk dikaji tanpa sebarang sumber yg jelas.
Maaf. Takut ada yang tak faham. Saya berhenti di sini.