BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

The Avengers Endgame

Kontrak dia berbeza..

Orang lain kontrak dibayar as per gaji.

Tapi Robert Downey Junior dibayar as per profit filem (ni dari first kontrak Iron Man yang pertama lagi).

Makna kata.. dia gamble jer.. kalau filem Iron Man hari tu flop x laku.. dia sesen pun x dapat. Tapi jika laku maka dia akan dpt percentage berapa yang filem tu profit (ikut term contract).

Sbb tu bayaran dia paling tinggi sebab payment dia based on profit filem2 tu.

oooo.... patut la.. org lain gaji sikit... :-)
 
iron man superstar dalam avengers mati episod last, wolverine superstar x men mati sebelum episod last, tunggu DC punya Justice League pulak, mesti batman mati punya lah
 
iron man superstar dalam avengers mati episod last, wolverine superstar x men mati sebelum episod last, tunggu DC punya Justice League pulak, mesti batman mati punya lah

dah boleh kira mati dah.. ganti dgn Robert Pattison pelakon cerita Twilight tuh... :eek: release 2023..

Boleh bayang tak mamat tu jadi Batman? Aku x leh bayang...
 
dah boleh kira mati dah.. ganti dgn Robert Pattison pelakon cerita Twilight tuh... :eek: release 2023..

Boleh bayang tak mamat tu jadi Batman? Aku x leh bayang...

dulu ramai orang kondem dan maki heath ledger masa dia diumumkan untuk jadi joker
 
ala masa ben affleck mapuh makan kecam saje. tp ok je layan. skg ben dh jd producer plak
 
Tayangan semula Avengers: Endgame

KUALA LUMPUR: Filem paling banyak dibualkan sepanjang minggu ini, Avengers: Endgame, yang ditayangkan semula dengan adegan tambahan terus jadi perhatian ramai.


Keluaran terbaru ini menyertakan beberapa babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan selepas penghargaan akhir (ending credit).

Media antarabangsa melaporkan, selain memberi hadiah buat peminat francais itu, ia adalah percubaan Marvel Studios untuk merapatkan jurang kutipan box office seluruh dunia dengan hasil kutipan filem Avatar arahan James Cameron.

Setakat ini, jumlah kutipan untuk filem Avengers: Endgame adalah AS$2.75 bilion (RM11.37 bilion) berbanding filem Avatar yang berjaya mengutip AS$2.78 bilion (RM11.49 bilion).

Ini bermakna, kutipan sekitar AS$30 juta (RM123.99 juta) sudah cukup untuk menyamai rekod kutipan box office Avatar sekali gus meletakkan filem keluaran Marvel Studios ini mencatatkan rekod baharu.

Ketika pengumuman mengenai tayangan semula Endgame, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige memberitahu, pihaknya akan membawakan 12 minit babak tambahan sebagai langkah pemasaran untuk menarik penonton menyaksikan keluaran terbaru ini.

Malah, Robert Downey Jr yang memainkan watak Iron Man turut mengajak peminat Marvel untuk bersama-sama mencipta sejarah baharu menerusi keluaran semula filem ini.

D-RpDG-U4AEQ5L8.jpg
 
Endgame Re-Relese Hulk post-credits scene

D-KBkRNWwAAYbk8.jpg

D-KIbq9XsAE5vq1.jpg
 
Tayangan semula Endgame masih gagal tandingi Avatars

HUJUNG minggu lalu, Marvel dan Disney menayangkan kembali Avengers: Endgame dengan lebih 6 minit rakaman tambahan dalam usaha untuk melepasi filem blockbuster arahan James Cameron, Avatar, yang merupakan filem terlaris dalam sejarah.


Untuk tayangan semula itu, ia memperoleh kutipan AS$7.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipannya AS$2.76 bilion (RM11.4 bilion).

Namun Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta, sekaligus gagal mencapai misinya untuk mengatasi Avatar, yang memperoleh kutipan keseluruhan sebanyak AS$2.78 bilion (RM11.5 bilion).

Pemerhati berpendapat adalah mustahil untuk Endgame memperoleh AS$27 juta lagi dalam masa terdekat.

Portal Deadline melaporkan, punca Endgame tidak dapat mengatasi Avatar adalah kerana prestasi buruk dalam pasaran besar di luar Amerika Syarikat.

Namun peminat masih mengharapkan keajaiban, khususnya dengan tayangan Spider-Man: Far From Home, yang diharap dapat mempengaruhi penonton kembali menonton Endgame.

D-hCpd9UcAAV5bF.jpg


http://www.astroawani.com/berita-hi...s-endgame-masih-gagal-tandingi-avatars-211679
 
Back
Top
Log in Register