BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Raih Dua Pengiktirafan Berprestij Dalam Pengurusan Hartanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141

TH Raih Dua Pengiktirafan Berprestij Dalam Pengurusan Hartanah​

15c275c3130c5432be272eeddc1e61316a61d38fdbed6

11826a273043f90cff3d38bbdbea9da66a61d3b60800d

Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abdul Rashid Hussain (tiga dari kiri) ketika menerima anugerah Bangunan Pejabat Milikan Tunggal dalam Pembangunan Strata Bercampur menerusi Menara Bank Islam

Kredit : Tabung Haji (TH)


Lembaga Tabung Haji (TH) meraih dua anugerah berprestij bagi hartanah ikoniknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam yang mencerminkan komitmen berterusan dalam pengurusan aset serta amalan kelestarian.

Menara TH Tun Razak dinobatkan sebagai pemenang kategori Bangunan Pejabat Bukan Strata manakala Menara Bank Islam memenangi kategori Bangunan Pejabat Milikan Tunggal dalam Pembangunan Strata Bercampur.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah bersempena dengan The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards (BMSPA) 2026 itu mengiktiraf usaha berterusan TH mengurus dan memperkasakan aset hartanah secara profesional, mampan dan inovatif selaras dengan tadbir urus terbaik serta komitmen terhadap nilai jangka panjang.

Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata kejayaan itu membuktikan komitmen TH dalam mengurus aset secara profesional, berintegriti dan mampan, sekali gus memastikan aset yang diamanahkan terus menjana nilai kepada lebih 9.8 juta pendeposit.

“Dua pengiktirafan ini bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan pengurusan bangunan malah mencerminkan komitmen TH dalam memenuhi standard terbaik dalam segala apa yang dilakukan.

“Sebagai institusi yang mengurus amanah umat Islam, setiap aset perlu dipelihara sebaiknya agar terus memberi manfaat kepada para pendeposit, masyarakat dan negara untuk jangka panjang,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata kejayaan itu turut membuktikan keupayaan TH sebagai institusi yang telah banyak menerima pengiktirafan dalam menggabungkan pengurusan aset yang matang dengan teknologi moden, pendigitalan dan amalan kelestarian selaras dengan standard terbaik industri.

Abdul Rashid berkata pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen TH untuk terus mempertingkatkan pengurusan aset berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“TH akan terus memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi memastikan aset-aset strategik kekal berdaya saing serta mencipta nilai mampan kepada para pendeposit,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register