BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tetamu pengantin lelaki, perempuan berbalas tembakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
tetamu-tembak.jpeg

Dua kumpulan remaja melepaskan beberapa das tembakan di sebuah majlis perkahwinan di Thailand kelmarin. - Amarin TV

BANGKOK – Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam insiden tembakan di sebuah majlis perkahwinan di Thailand selepas tetamu kedua-dua pasangan pengantin bertengkar, lapor portal berita Thaiger.

Polis bergegas ke Tha Sala, wilayah Nakhon Si Thammarat selepas menerima laporan sekitar pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Semua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, dengan seorang lagi tetamu dikenali sebagai Chakrit, 24, mengalami kesan tembakan di kepala.

Siasatan awal mendapati, dua kumpulan remaja yang merupakan tetamu pasangan pengantin bertengkar sebelum mereka dileraikan.

Polis berkata, kedua-dua kumpulan itu menikmati minuman beralkohol selepas majlis perkahwinan tamat.

Situasi bertambah buruk apabila konfrontasi kedua berlaku dan kedua-dua kumpulan itu melepaskan beberapa das tembakan sehingga mengenai tetamu yang tidak terlibat dalam pertelingkahan tersebut.

Dua suspek utama ditahan di hospital, manakala polis turut merampas dua senjata api daripada mereka.

Siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register