BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengantin sediakan 112 hadiah cabutan bertuah untuk tetamu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengantin sediakan 112 hadiah cabutan bertuah untuk tetamu​

geli-cabutan-bertuah.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan Rizki dan Nadya di majlis perkahwinan mereka baru-baru ini. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baru di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan menjadi sensasi internet apabila menyediakan 112 hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir pada  majlis perkahwinan mereka.

Pasangan pengantin itu dikenali sebagai Rizki dan Nadya.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan mereka berjalan sambil berpegangan tangan ke arah pelamin.

Selain menolak segala pemberian daripada tetamu, mereka menawarkan pelbagai jenis hadiah termasuk tiga buah motosikal.

Rakaman itu mencatatkan lebih 199,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Tetamu bukan bawa duit tetapi bawa pulang motosikal,” kata seorang netizen.

“Kalau saya banyak duit, saya mahu buat majlis seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register