BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tetamu kenduri dapat hadiah burung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Tetamu kenduri dapat hadiah burung​

geli-tetamu.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan tetamu membawa pulang sangkar bersama burung. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis kesyukuran di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila tetamu menerima sangkar berserta burung di dalamnya sebagai cenderahati, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bacotnewstoday_bnt menunjukkan sejumlah tetamu membawa pulang sangkar kecil dengan burung di dalamnya.

Selain sangkar dan burung, mereka juga menerima bakul buluh berisi nasi serta lauk.

Beberapa sumber melaporkan bahawa penggagihan buah tangan itu dibuat susulan hobi tuan rumah atau kecintaan penduduk setempat untuk memelihara burung.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Luar biasa!” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register