BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teruja lihat makhluk halus

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: ‘Operasi menangkap hantu’ yang dikatakan membolehkan seseorang melihat sendiri makhluk halus, sekali gus mengharungi suasana seram menerima sambutan luar biasa di kalangan penduduk sekitar bandar raya ini.

Mereka yang tidak takut dan teruja berdepan ‘perkara pelik’ itu sanggup bersengkang mata kerana operasi itu biasanya dilakukan pada waktu malam antara senja hingga Subuh yang dikatakan waktu aktif penjelmaan makhluk halus itu.

Hingga kini, operasi diketuai seorang pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Kak Mek didakwa sudah membantu menyelesaikan kira-kira 100 kes kerasukan, membuang saka dan rumah atau premis berpenunggu.

Wartawan Harian Metro yang pergi ke sebuah rumah di Jalan Meranti, Taman Rinting di sini, menyaksikan puluhan penduduk berkumpul di situ untuk melihat sendiri ‘keajaiban’ operasi berkenaan.

Mereka seronok menerokai alam mistik selain merakam teknik pengamal perubatan itu mengubati seorang wanita yang dikatakan mempunyai saka dan kediamannya berpenunggu menerusi kamera video mahupun telefon bimbit.

Seorang suri rumah, Delima Suboh, 41, berkata penyertaannya dalam operasi menangkap hantu biarpun dianggap ‘kerja gila’ oleh segelintir masyarakat, memberi peluang kepadanya mengetahui pelbagai perkara misteri.

“Saya dan tiga anak mengikuti operasi itu sejak lebih setahun lalu.

“Bagi individu yang lemah semangat, makhluk halus itu mungkin menimbulkan gangguan termasuk mengeluarkan bunyi seperti tapak kaki, suara, bau pelik selain seperti disentuh ketika mengikuti operasi berkenaan.

Seorang peniaga, Azmi Adnan, 25, berkata dia dan beberapa individu mengikuti operasi berkenaan terkejut melihat perubahan suhu persekitaran secara tiba-tiba ketika operasi itu diadakan di halaman rumah seorang penduduk.

“Gangguan seperti lampu terpadam dan tertutup sendiri, barang bergerak secara tiba-tiba dan bunyi seperti bisikan sudah biasa bagi kami,” katanya.

Pengamal perubatan berkenaan, Mek yang berusia 40-an, berkata, pelbagai gangguan dialaminya serta individu yang mengikuti operasi itu sebenarnya berlaku kerana makhluk halus itu memerlukan perhatian daripada mereka yang masih hidup.

Menurutnya, benda halus itu yang ditangkap dimasukkan ke dalam botol sebelum dibuang ke sungai.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, berkata makhluk halus memang wujud dan tidak menjadi kesalahan bagi pengamal perubatan merawat individu diganggu jin atau syaitan, tetapi kepercayaan sehingga taksub boleh menyebabkan syirik.

“Setiap ketua keluarga perlu membimbing ahli keluarga masing-masing supaya menjauhkan diri daripada perkara yang boleh memudaratkan serta tidak menyimpang daripada ajaran agama.

“Jangan mudah percaya perkara seumpama itu dan seboleh mungkin elakkan dari pergi ke operasi menangkap makhluk halus kerana ia boleh mendatangkan masalah terutama kepada mereka yang berjiwa lemah,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, pula berkata alam makhluk halus dan manusia adalah berlainan dan manusia tidak digalakkan menerokainya tanpa sebab.
 
Macam polis lah pulak
 
isyk kalau dah obses, sanggup jer sampai bwak anak sekali3 org hihihi..
 
byk lagi keja lain yg berpekdah...adoiyai org kite..
 
best ni..
area Ampang, Taman cahaya xde ke??
 
masarakat kita memang suka benda-benda camni.....takut tak bertempat, ramai tak bersebab :))
 
Back
Top
Log in Register