BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Ramai Sedih Lihat Kostum Tarian Singa Bakal Di Bakar, Rupanya Ini Sebabnya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Tarian singa merupakan salah satu budaya Cina yang amat dititikberatkan di negara kita, apatah lagi ketika tempoh sambutan Tahun Baru Cina. Digelar sebagai Tarian Singa Selatan, atau Southern Lion Dance, kostum tarian singa yang seringkali digunakan di dalam negara ini amat diminati sehingga diburu masyarakat Tionghoa seluruh dunia. Malah boleh dikatakan kostum ini merupakan yang paling comel berbanding lain-lain tarian singa di seluruh dunia. Namun siapa sangka, di sebalik kostum yang comel itu, ada juga kisah yang menghibakan.​

1740022832947.png


Kostum Tarian Singa Di Kelilingi ‘Joss Paper’

Baru-baru ini, tular di TikTok (@joshuatokchingim) satu video yang menunjukkan dia sedang membelai kepala kostum tarian singa berwarna kuning. “Semoga berehat dengan tenang. Terima kasih atas segala memori bersama dalam tarian singa,” tertulis di video berkenaan. Dapat dilihat kostum tarian singa itu diletakkan di atas tanah dan dikelilingi dengan kertas berwarna kuning yang digulung. Sekadar info, kertas yang dikenali sebagai ‘joss paper’ itu kebiasaannya akan dibakar ketika majlis kematian masyarakat Cina.


Kostum Tarian Singa Di Bakar Lepas Guna Dalam Upacara Kematian


Sebenarnya, kostum tarian singa yang diletakkan dalam timbunan kertas itu bermaksud ia akan dibakar, sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna sosial media. Menurut Joshua, kostum tersebut harus dibakar kerana telah digunakan dalam upacara sembahyang seorang individu yang telah meninggal. Tambahnya lagi, singa itu sendiri sudah uzur. Beberapa individu lain turut tampil memberi penjelasan. Ada yang memaklumkan bahawa kostum tersebut harus dibakar jika tuannya telah meninggal supaya ia tidak dihantui. Menurut seorang pengguna media sosial, pembakaran kostum itu menjadi simbol bahawa singa terbabit akan dibebaskan ke pergunungan mengikut adatnya. Ada juga yang berkata singa tersebut akan dibawa ke alam lain dan bertemu bersama tuannya. Melihat perkara ini sememangnya menimbulkan rasa sedih dalam kalangan orang ramai tidak kira agama atau bangsa. Ini kerana setiap bangsa mempunyai adatnya yang tersendiri yang harus dihormati.

“Tengok mata dia singa tu macam sedih,” kata seorang individu.
“Dengan aku sekali menangis. Rasa terbelah hati tengok dia belai kepala singa tu,” kata seorang lagi.
“10 tahun kita bersama Si Yellow dan tiba saatnya kita berpisah. Terima kasih untuk segala memori, Yellow,”
luah seorang individu.

Ada juga yang menyifatkan kostum tarian singa sebagai sesuatu yang seolah-olah bernyawa dan kehilangannya pasti dirasai orang sekeliling. Ramai juga yang mendapat ilmu baharu tentang kaitan antara kostum tarian singa dan kematian menerusi hantaran tersebut.​

1740022850002.png

1740022862832.png

1740022871134.png

1740022876349.png
 
Back
Top
Log in Register