BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

persatuan peniaga india muslim perlu memainkan peranan juga.
Klu tidak, mau terjejas juga biz dia org.

Isu dia bukan kedai 'mamak'. Sb istilah mamak adalah dirujuk kepada
manusia bangsa india berugama Islam.
Itu ler cantiknya Islam..org islam makan xmelihat bangsa samasekali.
Orang bangsa apa sekali pun..kita boleh masuk asal dia Islam.

Masalahnya adalah, ada manusia bangsa India yg tidak beragama Islam,
tapi berpura2/menyamar mcm islam semata2 niat utk menipu pelanggan2 yg beragama islam.
 
Selalunya org luaq..org penang dah tau kedai nasi kandaq mana yg sedap,bersih..org luaq sanggup beratuq asalkan viral..cendoi cina pun depa sapu wakakakaka

habaq cek mai kedai kandaq manaa yang sedap dan bersih tu abam.. :D
saya memang suka kari haria2 nih. :)) haha

ritu pekena kandag kampung melayu..wuiyoo.. macam xnampak sarung tangan.. hahaha memang sedap.!:eek:
 
Pernah sekali nampak mamak tgh tebar roti canai sambil buang hingus sapu kat baju tanpa basuh tangan sambung tebar roti canai balik..

terus cancel order huhu
 
Pernah sekali nampak mamak tgh tebar roti canai sambil buang hingus sapu kat baju tanpa basuh tangan sambung tebar roti canai balik..

terus cancel order huhu

wehh.. bia betui bam... :-? awat tak pegi tegur je mamak tu? aish.. melampau sangat pengotoq nyer..
 
Dh tiba masanya kerajaan kluarkan senarai owner2 kedai mamak nie. Br org ramai leh buat rujukan....kerajaan pun mcm rileks ja tau la ada cukai pun
 
Dh tiba masanya kerajaan kluarkan senarai owner2 kedai mamak nie. Br org ramai leh buat rujukan....kerajaan pun mcm rileks ja tau la ada cukai pun

cukup dapat keluarkan senarai restoran mamak yang punya sijil halal saja pun dah cukup baik saya fikir. pengguna boleh rujuk no pendaftaran restoran di apps halal jakim. baru tahu berapa banyak restoran yang tiada sijil halal atas berbagai2 sebab.hu.antaranya lambat proses.

sampai nak list kan owner tu, hmm.. macam lebih sukar je.hu
 
2 restoran gantung ayat al-Quran palsu

152505.jpg


PETALING JAYA - Dua pengusaha restoran dikesan mengunakan ayat yang dipercayai menyerupai al-Quran bagi menarik pelanggan ke premis perniagaan mereka.


Tindakan tersebut terbongkar menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama agensi penguatkuasa berkaitan di beberapa premis sekitar Petaling Jaya hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata tindakan pengusaha restoran berkenaan mempamerkan kalimah yang menyerupai ayat Al Quran di premis adalah meragukan.

"Pihak kami dapati kalimah tersebut berbeza dengan ayat al Quran dan mampu mengelirukan pelanggan Muslim. Maka tindakan telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut Enekmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, selain KPDNHEP dan JAIS, terdapat beberapa agensi lain turut sama dalam operasi itu antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Imigresen Selangor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mengulas lanjut, Azman berkata JAIS turut menyita semua kalimah-kalimah terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan selepas ini berhubung perkara itu

"Pemilik premis berkenaan juga akan dipanggil bagi memberi keterangan kepada JAIS selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata operasi yang memasuki hari kelima di seluruh Selangor itu juga turut menitik beratkan aspek kebersihan bagi memastikan pengguna yakin untuk menikmati juadah di premis terlibat.

Bagi tujuan itu, beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah Petaling turut bertindak tegas dengan menghentikan operasi di sebuah restoran yang didapati gagal mematuhi aspek kebersihan.

"KPDNHEP dan agensi-agensi terlibat akan meneruskan operasi pemeriksaan ini dalam usaha untuk memastikan semua pengusaha restoran mematuhi undang-undang ditetapkan khususnya dalam aspek halal," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jais, Salwana Ahmad Dahlan berkata pihaknya menggalakkan pengusaha restoran untuk membuat permohonan persijilan halal melalui laman web rasmi jabatan tersebut.

Tambah beliau, JAIS sedia membantu mana-mana pihak yang berhasrat untuk mendapatkan persijilan halal tersebut.

"Kita sedia membantu dengan syarat pihak berkenaan juga sedia untuk dibantu bagi mendapatkan persijilan halal ini," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/arti...-restoran-dikesan-gantung-ayat-al-Quran-palsu
 
kita tak boleh under estimate diorang,diorang ni memang bijak,dalam bab menipu,menipu dlm segala hal...

pasaitu ada hadith pasal perbuatan perdaya menipu orang islam sampai masuk lubang biawak...

bab makanan la paling senang diorang offer supaya org islam terpesong lepastu jadi sesat dari akidah...w.a.
 
Last edited:
Pihak kami dapati kalimah tersebut berbeza dengan ayat al Quran dan mampu mengelirukan pelanggan Muslim. Maka tindakan telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut Enekmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya kepada Sinar Harian.

betapa pentingnya kita sbagai umat islam khatam alquran supaya kita tidak mudah diperdaya. yang dtg g makan tu pn main masuk je.

sbb tu sy dah boikot kedai mamak, meragukan sangat2.
 
habaq cek mai kedai kandaq manaa yang sedap dan bersih tu abam.. :D
saya memang suka kari haria2 nih. :)) haha

ritu pekena kandag kampung melayu..wuiyoo.. macam xnampak sarung tangan.. hahaha memang sedap.!:eek:

Try nasi kandaq markas kat penanti..
 
Back
Top
Log in Register