BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

Kerajaan galak restoran bukan Islam mohon sijil halal

image.jpg

Gambar hiasan

PARIT BUNTAR - Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan pengusaha restoran makanan bukan Islam memohon sijil halal bagi mengelak kekeliruan dalam perniagaan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, bagaimanapun syarat pemerolehan sijil halal hendaklah mengikut sepenuhnya standard dan peraturan ditetapkan Jakim termasuk mesti memenuhi tuntutan agama.

Beliau berkata, antara tuntutan agama ialah dapur dan bahan yang digunakan mesti bersih dan sembelihan mengikut piawaian yang ditetapkan kerana banyak berlaku penipuan mengenai penggunaan status halal.

"Apabila premis mendapat sijil Halal, Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemeriksaan, adakah premis mereka mematuhi standard halal yang dibenarkan, bagi mengelak berlakunya penipuan kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 100 penerima di Perkarangan Pusat Khidmat Anggota Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian penipuan yang berlaku di beberapa premis makanan di negara ini yang diserbu Jakim dan KPDNHEP baru-baru ini. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/kera...n-bukan-islam-mohon-siji-halal-jakim-1.829333
 
28 restoran salah guna ayat al-Quran didenda sehingga RM1 juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 restoran didenda sehingga RM1 juta masing-masing kerana menyalahgunakan ayat al-Quran untuk memberi tanggapan premis mereka berstatus halal, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman.


Katanya, tindakan itu diambil bulan lalu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Dalam tempoh 11 Januari hingga 31 Januari lalu, sebanyak 1,975 premis telah diperiksa dan 28 daripadanya disyaki mempunyai elemen menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menggambarkan premis seolah-olah halal.

“Jadi, restoran-restoran itu didenda sehingga RM1 juta, tetapi nasihat saya kepada pengguna, jika restoran itu popular, tetapi tidak ada sebarang tanda halal, jangan masuk,” katanya dalam program bual bicara MyHalal di RTM, hari ini.

Isu restoran mamak palsu terbongkar, susulan operasi KPDNHEP sejak bulan lalu untuk mengesan tindakan pengusaha menggunakan kalimah menyerupai ayat al-Quran dan gambar masjid bagi menarik pelanggan ke premis mereka yang tidak memiliki sijil halal.

Penolong Pengarah Kanan Majlis Halal Malaysia, Mohd Amri Abdullah menggalakkan restoran bukan Islam yang mematuhi syarat ditetapkan untuk memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Halal bukan hak mutlak orang Islam, tetapi untuk semua, selagi mana ia mematuhi konsep halalan toyyiban, termasuklah prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Halal Malaysia.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Ayub Khan Muhamad Yakub berkata, cadangan untuk pengusaha restoran mamak mengambil 100% pekerja Islam tidak boleh dilakukan secara mendadak.

“Kami cuba sedaya upaya bawa 100% orang Islam sebagai pekerja restoran, tetapi bukan mudah. Tenaga kerja dalam kalangan orang Malaysia kurang dalam bidang perkhidmatan makanan.

“Kami sanggup bayar gaji tinggi untuk pekerja tempatan, tetapi tiada siapa yang mahu, sebab itu terpaksa ambil orang luar.” - FMT

Pegawai-Jakim-mamak-bernama-110219-1.jpg

Pegawai Jakim (kanan) memeriksa ayat suci al-Quran meragukan yang digantung dalam sebuah restoran di Pasar Besar Alor Setar, pada 15 Januari lalu. Operasi itu turut disertai KPDNHEP, Jabatan Kesihatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (Gambar Bernama)
 
Sangat diragukan kehalalan makanan yang dijual di restoran terbabit.
 
kalu ragu-ragu.. jgn masuk makan. Simple.
 
Hanya 2 kedai mamak di Pahang ada sijil halal

image.jpg

TIMBALAN Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz (dua, kanan) meninjau keadaan kantin selepas Majlis Penyerahan Sijil Halal kepada IASC Holdings Sdn.Bhd di Maahad Tahfiz Ngeri Pahang di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN 19 Sept. - Hanya dua kedai mamak yang beroperasi di negeri ini mempunyai sijil halal Malaysia iaitu Restoren Taj Makmur Jalan Tun Ismail dan Nasi Vanggey Jalan Teluk Sisek di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, pemilikan sijil halal penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan semestinya mengikut syarak.

Kata beliau, pihaknya tidak menghalang jika ada pelanggan yang mahu ke restoran terbabit berikutan kedai mamak sememangnya diminati ramai dan setiasa dikunjungi pelanggan dari awal pagi hingga lewat malam.

"Jaip menyarankan semua restoran makanan termasuk restoran Melayu yang beroperasi di negeri ini mendapatkan sijil halal bagi mengelakkan keraguan pengunjung.

"Lebih-lebih lagi isu semasa sekarang ini yang heboh memperkatakan mengenai status halal sesuatu produk yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalan sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Halal kepada IASC Holdings Sdn.Bhd di Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ghazali, tiada syarat ketat yang perlu dilakukan oleh pemilik kedai makan berkenaan untuk mendapatkan sijil halal kerana aspek utama yang perlu ada hanya kebersihan, sumber bahan mentah halal dan pekerja yang sihat serta bersih.

"Bagaimanapun, masih ramai pemilik premis tidak berbuat demikian kerana mungkin dirasakan tidak perlu memandangkan pelanggan ramai datang berkunjung," ujarnya..

Tambah beliau, pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal selain meningkatkan kesedaran kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal Malaysia yang sah.

"Walaupun pemilik kedai mamak ini tidak memiliki sijil halal, tetapi kita sudah tahu bahawa mereka ini pasti orang Islam, dan penyediaan makanan juga insya-Allah berlandaskan syarak.

"Tetapi untuk menguatkan lagi kualiti jaminan penyediaan makanan dan kebersihan makanan, kita harap semua restoran makanan buat permohonan sijil halal," katanya.


 
Back
Top
Log in Register