BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

DxSe9R8V4AAbdf3.jpg

.

ini bukan auta, tapi fakta.

sekarang ni agama islam dijadikan cover utk org kafir berbisnes.
 
Last edited:
Restoran kafir diarah turunkan papan tanda melambangkan Islam

LOGO-KPDN-830x467.png


KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan mengarahkan pemilik premis makanan bukan Islam di negeri ini agar menurunkan papan tanda mengandungi perkataan atau logo-logo yang melambangkan agama Islam.


Ketua Pengarahnya, Khalid Tik berkata, penggunaan perkataan atau logo-logo yang melambangkan Islam seperti kubah masjid pada papan tanda nama kedai makan boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan Islam yang menitik beratkan persoalan halal dalam makanan mereka.

“Setakat pemeriksaan secara berterusan yang diadakan pihak kami, belum menjumpai kes seumpamanya di negeri ini, namun sekiranya ada, saya menasihatkan kepada pihak pemilik premis supaya menukar papan tanda atau tulisan tersebut.

“Isu berkait makanan halal ini mendapat perhatian serius bagi pengguna di negara ini, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Pihak kami mengambil berat isu tular membabitkan restoran 24 jam yang mempamerkan ayat al-Quran tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tidak mahu kes seperti itu berlaku di negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KPDNHEP negeri, di sini, hari ini.


https://www.sinarharian.com.my/article/8689/EDISI/Kelantan/Henti-kelirukan-pelanggan-Islam!
 
Perguna nama Islam

21HMHALALL_1548041333.jpg

KHALID (kiri) menunjukkan logo halal di premis ketika lawatannya di Restoran KFC di Kota Bharu, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar





Kota Bharu: Premis atau kedai makan bukan Islam yang menggunakan perkataan berunsurkan Islam pada papan tanda di premis masing-masing akan diambil tindakan.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan Khalid Tik berkata, ia termasuk logo atau gambar yang melambangkan Islam sedangkan ia premis bukan Islam.

“Contoh nama kedai yang digunakan adalah Bismillah atau menggunakan logo kubah masjid, sedangkan ia kedai bukan Islam, maka pemiliknya akan diberi amaran terlebih dahulu sebelum diambil tindakan lanjut.

“Kami tidak mahu pemilik premis bukan Islam mempergunakan nama Islam untuk menarik pelanggan menyebabkan orang ramai terpedaya dengan imej luaran kedai,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Bagaimanapun, Khalid memaklumkan penggunaan nama premis berunsurkan Islam adalah berlainan dengan nama kedai yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Ia menjadi kemestian semua kedai di negeri ini dipamerkan dengan tulisan Jawi walaupun ia dimiliki bangsa lain.

Sementara itu, Khalid memaklumkan pihaknya juga mengadakan operasi halal bermula 13 Januari lalu sehingga semalam.

“Sebanyak 41 premis dan kedai makan diperiksa membabitkan 32 premis dimiliki pengusaha beragama Islam manakala selebihnya bukan Islam.

“Ia termasuk kedai mamak, kopitiam yang dimiliki pengusaha berbangsa Cina serta restoran yang diusahakan warga Thailand.

“Dalam tempoh seminggu operasi dijalankan, tiada kes berhubung kesalahan mempamerkan teks al-Quran atau apa-apa perkara yang berkait dengan Islam,” katanya.

Khalid berkata, operasi itu turut membabitkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414300/perguna-nama-islam








.
 
mamak tmpat aku ni, yang alu perasan pekerja dia ramai tak pergi solat jumaat.. kedai tutup time solat, tp ramai lepak atas kerusi kat luar.. huhuhu..

aku syak diaorang ni bukan islam.. time posa pun duk jual nasi bungkus palstik hitam
 
mamak tmpat aku ni, yang alu perasan pekerja dia ramai tak pergi solat jumaat.. kedai tutup time solat, tp ramai lepak atas kerusi kat luar.. huhuhu..

aku syak diaorang ni bukan islam.. time posa pun duk jual nasi bungkus palstik hitam

mau report ja bagi kene ambush
 
mamak tmpat aku ni, yang alu perasan pekerja dia ramai tak pergi solat jumaat.. kedai tutup time solat, tp ramai lepak atas kerusi kat luar.. huhuhu..

aku syak diaorang ni bukan islam.. time posa pun duk jual nasi bungkus palstik hitam

warung kat tempat aku pun sama

tapi ni aku yakin melayu :)):))
 
Sanggup tu ambil dari India...Alasan jer cakap orang tempatan taknak jadi pekerja...ko cari mamak tempatan memangla susah...

Cuba cari budak lepasan sekolah tengah cuti,budak study degree,bagila gaji 5-6 ringgit sejam...mesti ramai yg nak punya...tapi jangan la nak naya diorang pulak...
 
Last edited:
Baru skrg nk buat ambush bagai la lps tu senyap..lps dh berkurun timbul balik n repeat balik.
 
Back
Top
Log in Register