BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

nape nak ke mamak, g j lah kedai melayu. jgn kedai indon,indon pun ada mcm2. hahaha
 
boring la roti canai tak pernah lembut,keras mcm frozen punya...

berganda ganda baik lagi yg melayu punya,lembut...

Melayu,dia uli semalaman doh tepung...sebab esok nak jual laris...kuah pun marveles...puashati...👍😁🏆🥇
 
Hanya 2 kedai mamak di Pahang ada sijil halal

image.jpg

TIMBALAN Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz (dua, kanan) meninjau keadaan kantin selepas Majlis Penyerahan Sijil Halal kepada IASC Holdings Sdn.Bhd di Maahad Tahfiz Ngeri Pahang di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN 19 Sept. - Hanya dua kedai mamak yang beroperasi di negeri ini mempunyai sijil halal Malaysia iaitu Restoren Taj Makmur Jalan Tun Ismail dan Nasi Vanggey Jalan Teluk Sisek di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, pemilikan sijil halal penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan semestinya mengikut syarak.

Kata beliau, pihaknya tidak menghalang jika ada pelanggan yang mahu ke restoran terbabit berikutan kedai mamak sememangnya diminati ramai dan setiasa dikunjungi pelanggan dari awal pagi hingga lewat malam.

"Jaip menyarankan semua restoran makanan termasuk restoran Melayu yang beroperasi di negeri ini mendapatkan sijil halal bagi mengelakkan keraguan pengunjung.

"Lebih-lebih lagi isu semasa sekarang ini yang heboh memperkatakan mengenai status halal sesuatu produk yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalan sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Halal kepada IASC Holdings Sdn.Bhd di Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ghazali, tiada syarat ketat yang perlu dilakukan oleh pemilik kedai makan berkenaan untuk mendapatkan sijil halal kerana aspek utama yang perlu ada hanya kebersihan, sumber bahan mentah halal dan pekerja yang sihat serta bersih.

"Bagaimanapun, masih ramai pemilik premis tidak berbuat demikian kerana mungkin dirasakan tidak perlu memandangkan pelanggan ramai datang berkunjung," ujarnya..

Tambah beliau, pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal selain meningkatkan kesedaran kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal Malaysia yang sah.

"Walaupun pemilik kedai mamak ini tidak memiliki sijil halal, tetapi kita sudah tahu bahawa mereka ini pasti orang Islam, dan penyediaan makanan juga insya-Allah berlandaskan syarak.

"Tetapi untuk menguatkan lagi kualiti jaminan penyediaan makanan dan kebersihan makanan, kita harap semua restoran makanan buat permohonan sijil halal," katanya.


hari tu kt negeri sembilan, ada 1 jer kedai mamak ada sijil halal..ni kat pahang pulak...

memang jangan jejak laa kedai2 mamak ni..kebanyakkan mempergunakan al quran..letak kat premis konon islam..tapi calit kt dahi

bila kena serbu, ditanya jawab tak tahu tu kesalahan
 
Restoren mamak betul,dgn hindu punya tengok pada cashier dia...yg hindu,memang tokay dia jaga...yg mamak restoren memang orang islam jaga...

biasa ada patung depan restoren tu hindu punya,patung gajah ker,atau apa bentuk berhala...hindu takjual daging lembu,mamak ada jual...
 
Perkara yang anda perlu tahu mengenai Nasi Kandar asli dan bukan jenis suka-suka letak perkataan kandar untuk tarik (tipu) pelanggan..

1. Kedai nasi kandar asli tidak sediakan wifi kerana tidak mahu pelanggan lepak lama dan akan rugikan bisnes mereka bila pelanggan yang ramai tiada tempat duduk.

2.Tidak akan menyediakan tv untuk live bola atas sebab yang sama.
.
3.Beroperasi di gerai kecil atau ala warung berbanding kedai yang nampak gah,mewah dan ada cawangan.
.
4.Biasanya kaum keluarga atau orang kepercayaan saja yang akan berada di tempat lauk pauk.Mereka tidak benarkan warga asing (Indonesia,Bangladesh) ada di tempat ini kerana boleh merosakkan teknik campuran kuah.
.
5.Tidak ada self servis atau layan diri ambil lauk.Ini kerana cara campuran yang tidak betul akan merosakkan seni campuran ini.Ada kuah yang perlukan camca besar, ada yang perlukan camca kecil, begitu juga dengan campuran perencah lain seperi kuah hitam,bawang dll..
.
6.Kebanyakan tiada cawangan.Sebab tukang masak yang membuatkan sesuatu kedai top tak boleh di usung ke semua cawangan dan dia tidak akan share resepi pada tukang masak di cawangan lain kerana rahsia yang perlu di jaga.
.
7.Lauk juga tidak banyak dan simple2 saja..
.
8.Guna tangan untuk makan kerana dengan tangan kita boleh campur semua perisa dan perasa kuah menjadi sebati.Kalau dengan camca garpu ni kita sukar dapati sebatian kuah dan perencahnya.

Antara kedai yang masih menjaga keaslian nasi kandar di Butterworth.
1.Nasi Kandar Aboo - Bagan Dalam.
2.Nasi Kandar Jalil - Bagan Dalam.
3.Nasi Kandar Jeti (Depan pejabat TNB lama Jalan Pantai).
4.Kedai Omar Katta - Jalan Kg Gajah.
Kesemua kedai ini masih di uruskan oleh waris keturunan asal.
Kredit : Rjuna Rjuna bit.ly/3fr18Yt



...............
 
Back
Top
Log in Register