fine net
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,408
Paid Membership
- Joined
- Apr 5, 2007
- Messages
- 43,408
- Reaction score
- 340
- Points
- 136
ALOR STAR: Seorang remaja perempuan nekad terjun dari tingkat atas rumah dua tingkat di Taman Wira Mergong di sini, selepas cuba dicabul tiga lelaki warga Bangladesh, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 14 tahun cedera ringan selain terseliuh kaki.
Mangsa dikatakan sedang berniaga surat khabar bersama ibunya berusia 40-an di sebuah kedai sebelum warga Bangladesh terbabit mengajak mangsa berbual di rumah mereka kira-kira 50 meter dari situ.
Difahamkan, mangsa dan keluarganya mengenali ketiga-tiga lelaki Bangladesh yang bekerja sebagai tukang cuci di Kompleks Mahkamah Alor Star sejak beberapa bulan lalu.
Sumber berkata, mangsa bersetuju mengikut lelaki itu ke rumah mereka tanpa mengesyaki sesuatu.
Menurutnya, sebaik memasuki rumah berkenaan, mulut mangsa secara tiba-tiba ditekup dengan kain dan dibawa naik ke atas oleh seorang daripada mereka.
Katanya, apabila mangsa dibawa masuk ke dalam bilik, suspek cuba mencabul remaja terbabit manakala dua rakannya yang lain menunggu di luar bilik.
"Mangsa yang meronta berjaya melepaskan diri dengan terjun dari tingkat atas rumah sebelum berlari mendapatkan ibunya serta menghubungi bapanya yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Langkawi.
"Bapa mangsa yang berang menghubungi rakannya serta mengesan suspek di rumah itu sebelum seorang daripada suspek terbabit dibelasah teruk manakala dua yang lain melarikan diri," katanya.
Sumber berkata, suspek yang berusia 20-an yang cedera di beberapa bahagian badan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke HSB petang kelmarin bagi mendapatkan rawatan.
"Mangsa yang cedera selepas terjun dari tingkat atas rumah itu turut dibawa menjalani pemeriksaan di hospital oleh keluarganya petang semalam (kelmarin) dan dilaporkan selamat," katanya.