combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Teratak Perpatih Usia 40 Tahun Terus Jadi Tarikan Di Muzium Negeri Sembilan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim (empat, kiri) beramah mesra bersama mahasiswa antarabangsa yang mengenakan busana tradisional lengkap pada Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan di Muzium Negeri Sembilan, hari ini.
Bangunan ikonik Teratak Perpatih yang menjadi identiti Muzium Negeri Sembilan, kini genap berusia 40 tahun sekali gus terus menjadi antara tarikan utama sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Negeri Sembilan, hari ini.
Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Aziz Mohd Ghorip berkata bangunan tersebut, pada asalnya dibina sebagai astaka pertandingan Musabaqah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1981 dan ketika itu Negeri Sembilan menjadi tuan rumah.
Beliau berkata seni bina astaka itu menggabungkan elemen warisan Negeri Sembilan dan Minangkabau, sebelum kerajaan negeri mengambil keputusan mengekalkannya sebagai bangunan kekal kerana nilai sejarah serta keunikannya yang tersendiri.
“Selepas musabaqah, kerajaan negeri melihat bangunan ini sangat istimewa untuk dirobohkan, maka astaka itu dipindahkan dari padang Perbandaran Seremban (padang MBS) ke lokasi sekarang. Kerja baik pulih serta naik taraf dilakukan dari 1981 hingga 1985, sebelum ia dirasmikan sebagai muzium pada 1986.
“Struktur seni bina muzium sekarang ini, warisan sejarah yang berusia 40 tahun, ia masih cantik, selamat dan kukuh untuk digunakan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan HMA Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Aziz berkata bangunan itu menggunakan gabungan elemen moden termasuk struktur batu dan paku, kerana pembinaannya lebih baharu berbanding Istana Lama Seri Menanti yang dibina pada 1902 menggunakan teknik pasak tanpa paku.
Beliau berkata sebelum Teratak Perpatih dijadikan muzium Negeri Sembilan, muzium negeri beroperasi di bangunan Istana Ampang Tinggi di taman budaya, Lake Garden bermula 1953 hingga 1985.
Dalam pada itu, beliau berkata beberapa inisiatif baharu akan diperkenalkan bagi menarik minat generasi muda termasuk program bermalam di muzium dan pembukaan muzium pada waktu malam setiap hujung minggu bermula Julai ini.
Teratak Perpatih Usia 40 Tahun Terus Jadi Tarikan Di Muzium Negeri Sembilan
Hari Muzium Antarabangsa, Muzium Negeri Sembilan,