BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru Meriam Perang Kedah-Siam Tarikan Baharu Muzium Kota Kuala Kedah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Peluru Meriam Perang Kedah-Siam Tarikan Baharu Muzium Kota Kuala Kedah​

5dfe5dbe11c50b7b3ce09ab1739fc2b56aa6473771aaa

4e6422c4176588593eb768e2fd13bb646aa6474931b26

Ketua Muzium Kota Kuala Kedah, Zaidi Harun (kiri) menunjukkan butiran peluru meriam tinggalan zaman Perang Kedah-Siam 1821 yang menjadi tarikan baharu sempena Karnival Memperingati Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 2026 di Muzium Kota Kuala Kedah. Peluru meriam ini diserahkan seorang pengumpul barang antik, Mansor Shaari kepada Kerabat Diraja Kedah, Tunku Mansor Tunku Kasim yang juga pengasas Yayasan Tunku Kassim sebelum disumbangkan kepada pihak Muzium Kota Kuala Kedah untuk tatapan umum. Turut hadir Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Azhar Mohamed Noor (kanan) - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beberapa peluru meriam besi dipercayai tinggalan peperangan Kedah-Siam 1821 yang ditemukan di kawasan Muara Kuala Kedah dekat sini, kini menjadi koleksi baharu Muzium Kota Kuala Kedah.

Peluru yang ditemukan kira-kira 20 tahun lepas itu diserahkan oleh Yayasan Tunku Kassim menerusi Tunku Mansor Tunku Kassim, iaitu cucunda kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke-26).

Artifak bersejarah itu diserahkan kepada pihak muzium pada Karnival Memperingati Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 2026 di Muzium Kota Kuala Kedah untuk dipelihara dan dipamerkan kepada orang ramai.

Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang Azhar Mohamed Noor yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia berkata peluru meriam itu disimpan oleh seorang individu sebagai sebahagian koleksi peribadi sebelum mengambil inisiatif untuk menyerahkannya kepada pihak muzium.

“Artifak ini mempunyai nilai sejarah dan kita amat menghargai usaha individu tersebut tampil menyerahkan kepada muzium supaya dapat dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Kita mengalu-alukan lebih ramai individu yang menyimpan barangan lama atau artifak bersejarah untuk menyumbangkannya kepada muzium supaya dapat bersama-sama menyelamatkan khazanah berharga seperti ini,” katanya kepada pemberita pada karnival itu di sini semalam.

Azhar berkata penyerahan artifak seperti itu amat penting kerana barangan bersejarah yang disimpan secara persendirian berisiko hilang daripada pengetahuan masyarakat jika tidak dipelihara dengan baik.

“Orang ramai patut melihat sendiri artifak berharga seperti ini terutama generasi muda supaya dapat mendalami sejarah Kedah dan memahami peristiwa masa lalu,” katanya.

Selain itu, Azhar berkata Jabatan Muzium Malaysia turut melaksanakan Kempen Derma Koleksi yang telah berlangsung hampir dua tahun bagi menggalakkan orang ramai menyerahkan koleksi atau barangan lama yang mempunyai nilai sejarah.

 
Back
Top
Log in Register