BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

150 Keluarga Miskin Di Kota Setar Dan Kuala Kedah Terima Sumbangan Aidilfitri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a1e8c667b6bc2e83a3f8ce0a6ae9f89069a94ba33c309

Setiausaha Politik Kanan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Romli Ishak (kanan) cuba memakaikan songkok kepada penerima, Shaikh Aqil Naufal Shaikh Mohd Solihin, 10, pada Program Sumbangan Kasih Ramadan dan Syawal, hari ini.

Sebanyak 150 keluarga terdiri daripada nelayan, petani, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) di Kota Setar dan Kuala Kedah menerima sumbangan menerusi Program Sumbangan Kasih Ramadan dan Syawal yang diadakan di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Setiausaha Politik Kanan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Romli Ishak berkata penerima merupakan keluarga yang berada dalam senarai E-Kasih serta individu yang belum berdaftar namun dikenal pasti sebagai golongan memerlukan.

Beliau berkata setiap keluarga menerima sumbangan bernilai RM400 bagi membantu mereka membeli keperluan Aidilfitri termasuk pakaian raya dan barangan persiapan menyambut perayaan.

"Bantuan ini diharap dapat meringankan beban para penerima dalam menyediakan persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Ramai penerima yang kita temui hari ini melahirkan rasa gembira, terutama ibu tunggal, OKU serta keluarga yang hilang punca pendapatan akibat kemalangan atau masalah kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut hari ini.

Seorang penerima, Norma Kamal, 35, dari Kuala Kedah berkata dia sangat bersyukur kerana terpilih menerima bantuan tersebut ketika suaminya patah tangan semasa turun ke laut menangkap ikan hingga menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

“Memang kena pada masanya sebab suami patah tangan. Saya pun fikir macam mana nak buat persiapan raya nanti, tapi semalam dapat panggilan kata terpilih menerima bantuan ini, rasa lega sangat," katanya.

Sementara itu, Shaikh Mohd Solihin Shaikh Ahmed Yusoff, 37, pula menyifatkan bantuan itu sebagai sangat bermakna kerana dapat menampung perbelanjaan dua anaknya berusia 12 dan tiga tahun sempena Aidilfitri.

Beliau yang bekerja sebagai pekerja pembersihan berkata dengan pendapatan yang tidak seberapa, ditambah isterinya seorang suri rumah, bantuan itu sangat bermakna bagi keluarganya.

 
Back
Top
Log in Register