Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Sejahtera MADANI-Kebajikan Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan 1447H Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Taman Mewah, Bandar Tun Razak hari ini.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada 150 Ketua Isi Rumah (KIR) di Parlimen Bandar Tun Razak pada Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan.
Beliau yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM500 disampaikan kepada KIR yang berdaftar dalam sistem eKasih bagi membolehkan mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Selain itu, sumbangan turut disampaikan kepada 200 penerima dalam kalangan golongan memerlukan di Bandar Tun Razak melalui inisiatif Ziarah Ramadan MADANI.
“Komitmen kita supaya bantuan dapat disampaikan terus kepada rakyat yang memerlukan dan kita mahu tiada yang tertinggal,” katanya.
Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan ialah kerjasama strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd yang menjadi penyumbang utama dalam inisiatif kebajikan tahun ini.
Program itu dilaksanakan sejak 2019 dan merupakan langkah memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta kerjasama agensi kerajaan dan swasta bagi memperluas jaringan bantuan kepada yang memerlukan.
Selain itu, program hari ini turut menyaksikan penyerahan Projek Membina Bumbung Gelanggang Sepak Takraw KRT Taman Mewah bernilai RM400,000 di bawah Program Mesra Rakyat bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.
Wan Azizah Sampai Sumbangan Aidilfitri Kepada 150 KIR Bandar Tun Razak
Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak, MADANI, A