BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Kedah, Keluarga Diraja Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
0cb8a0cf8ca1739adb2f264886b8177a69c24df2807ff

4dc8e711c8fe0eeb49b15a7e2c5ae33369c24d0e99bd3

7b01c508996b78b3bd90a69fda9f159a69c24d1f55b3b

97173b74c034a42e6480a7d698fbbe7a69c24d2e5bd17

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam Sempena Sambutan Aidilfitri 2026 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah Che Puan Nur Julie Ariff.

Tuanku Sultan Kedah serta keluarga diraja baginda berangkat hadir ke majlis itu sebelum berkenan berangkat ke Balai Santapan Besar bagi santapan utama bersama para penjawat awam yang hadir.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Antara juadah yang dihidangkan pada majlis itu ialah ketupat, lemang, rendang daging, ayam kuzi, soto ayam, nasi minyak serta kuih raya.

Seusai santapan, Tuanku Sultan Kedah serta keluarga diraja baginda turut berkenan beramah mesra bersama para hadirin, seterusnya mengurniakan ampun kurnia duit raya kepada penjawat awam yang hadir sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan baginda.

Majlis berkenaan mencerminkan hubungan erat antara institusi diraja dan penjawat awam dalam suasana penuh kemesraan sempena sambutan Aidilfitri.

Back
Top
Log in Register