BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemelut Di Negeri Sembilan Uji Kredibiliti Media

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,706
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,706
Reaction score
97
Points
80

Kemelut Di Negeri Sembilan Uji Kredibiliti Media​

0d16d22cc5c3693f2e34d8984ff631a86a2cbd9940291

27cf215d4eea9bff0742bb512b135f386a2cbd626ee89

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Ima Liana Esa

Di sebalik kemelut pemerintahan Negeri Sembilan yang terus mencetuskan perhatian ramai, pengamal media arus perdana berdepan antara cabaran paling sukar apabila perlu menyalurkan maklumat yang pantas, tepat dan berimbang di tengah-tengah lambakan spekulasi serta maklumat tidak sahih yang beredar menerusi media sosial.

Krisis yang membabitkan institusi Undang dan pentadbiran kerajaan negeri itu bukan sahaja menguji kestabilan politik Negeri Sembilan, malah turut menjadi medan ujian kepada profesionalisme media dalam mengimbangi tuntutan pelaporan segera dengan keperluan mematuhi etika kewartawanan.

Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan pada 5 Jun lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pakar dalam industri media berpandangan kemelut berkenaan masih belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian, sekali gus menuntut kewaspadaan tinggi dalam kalangan pengamal media terutama ketika melaporkan isu sensitif yang menyentuh adat dan institusi negeri.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Ima Liana Esa berkata krisis yang berlarutan hampir dua bulan sejak April lepas itu antara cabaran pelaporan paling kompleks pernah dihadapi media kerana tidak hanya berkisar soal politik, malah melibatkan aspek adat, budaya dan institusi yang menjadi teras identiti Negeri Sembilan.

“Situasi yang berlaku di Negeri Sembilan ketika ini belum pernah berlaku sebelum ini. Pada masa sama, masyarakat mahu mendapatkan maklumat terkini dengan segera, sekali gus mewujudkan tekanan besar kepada media untuk melaporkan perkembangan semasa secara pantas dalam keadaan berdepan lambakan maklumat palsu.

“Jika kita melihat trend pilihan raya sebelum ini sama ada PRN atau PRU (Pilihan Raya Umum), penyebaran berita palsu lazimnya meningkat dan memuncak apabila proses pilihan raya bermula. Keadaan itu sememangnya memberi tekanan yang besar kepada media,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata cabaran pelaporan PRN Negeri Sembilan kali ini juga jauh lebih rumit kerana isu yang timbul tidak lagi tertumpu kepada persaingan politik kepartian semata-mata.

Sebaliknya, perkembangan semasa turut membabitkan institusi adat dan struktur perlembagaan negeri yang memerlukan pengamal media mengimbangi keperluan menyampaikan maklumat dengan segera tanpa mengabaikan sensitiviti masyarakat serta tanggungjawab etika kewartawanan.

 
Back
Top
Log in Register