BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tentera Darat Perketat Kawalan Sempadan, Kekang Aktiviti Penyeludupan Menjelang Aidiladha

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
bf7d3d46d58ddd5f793caf3f0a81c49269fec0883b3cf

Kredit: Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia (TDM) memperketat kawalan sempadan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan atau jenayah rentas sempadan menjelang Aidiladha pada bulan ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata TDM sentiasa bersiap siaga sepanjang masa bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara terus terpelihara.

“Kawalan akan kita perketat lagi terutamanya yang melibatkan sempadan di utara, iaitu sempadan (Malaysia) dan juga Thailand.

“Kalau kita lihat, waktu nak dekat hari raya banyak aktiviti yang melanggar peraturan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Army Run 2026 bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat Ke-93, di sini hari ini.

Azhan berkata operasi sedia ada di sempadan negara juga terus dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku di sempadan negara.

Sebelum ini, Azhan berkata TDM akan terus memperkukuh kehadiran anggota serta aset pasukan itu di sepanjang perbatasan bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara dan terkawal.

Beliau berkata usaha itu dilaksanakan dengan sokongan teknologi terkini termasuk penggunaan dron, motosikal scrambler, kenderaan lasak pelbagai guna (ATV) serta peralatan optronik.

Media sebelum ini melaporkan, TDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM225,000 dalam satu operasi di sempadan pada 4 Mei lepas.

Mengenai Army Run 2026, Azhan berkata acara berkenaan menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 6,000 peserta terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, agensi kerajaan, sektor swasta, atlet amatur serta masyarakat umum dari seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register