BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kawalan Sempadan Diperkukuh Kekang Penyeludupan - KPN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
0af2cd289ddb0fd7c07b2ab5fc8f42556744614621462

-- fotoBERNAMA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan di sempadan Kelantan-Thailand akan terus diperkukuh bagi mengekang kegiatan penyeludupan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan kawalan yang lebih berkesan.

“Saya percaya dan yakin Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat telah menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan banyak perkara dapat diselesaikan.

“Insya-Allah menerusi kerjasama semua agensi, kita dapat memperkukuh lagi tindakan membanteras isu-isu penyeludupan dan sebagainya di sempadan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-17 sempena sambutan Hari Polis ke-218 di sini hari ini.

Beliau berkata lawatan rasmi ke Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi meninjau sendiri operasi di kawasan sempadan, termasuk isu premis tidak berlesen yang dikenal pasti beroperasi secara haram.

“Kita percaya penguatkuasaan yang dijalankan PDRM Kelantan kini berada pada tahap baik dan usaha ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register