BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengkujuh: Resot, chalet mula ditutup

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
image.jpg

KUALA TERENGGANU - Operasi resot dan chalet di pulau peranginan di negeri ini mula ditutup secara berperingkat kepada pelancong susulan musim tengkujuh dan monsun timur laut

Ia ditutup mulai bulan ini hingga awal Januari tahun depan

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, ia juga bagi membolehkan pengusaha resot dan chalet melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan resot dan chalet mereka

"Kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian juga kini sudah semakin berkurangan, walaupun masih ada hotel besar yang beroperasi

"Kerajaan negeri menggesa pengusaha hotel dan resot agar lebih menitikberatkan keselamatan pelancong dengan memberi nasihat dan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya masih ada pelancong yang datang secara berkumpulan atau mengembara secara solo," katanya kepada Bernama

Antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan Pulau Tenggol

Tengku Zaihan berkata, pengusaha pelancongan di pulau peranginan juga diharap dapat memperindahkan resot dan chalet mereka sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017

"Kerajaan negeri sudah melakukan banyak promosi di dalam dan luar negara untuk hebahan mengenai pelbagai aktiviti pelancongan menarik sempena TMT 2017

"Harapan kita agar pengusaha hotel dan resot dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong dan menjadi 'duta kecil' bagi memperkenalkan Terengganu kepada sahabat dan keluarga mereka yang lain," katanya

Terengganu kini mempunyai 328 buah hotel dan resot yang menyediakan 12,141 bilik yang dari jumlah itu, Pulau Redang mempunyai 17 hotel dan resot, Pulau Perhentian Kecil (28), Pulau Perhentian Besar (19), Pulau Kapas dan Pulau Gemia (sembilan) dan masing-masing tiga di Pulau Tenggol serta Pulau Lang Tengah

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tengkujuh-resot-chalet-mula-ditutup-1.569152
 
seronok balik ganu kalo musim hujan ni, sejukkk jek...nyaman..ekeke :D
 
kurang2kn percutian ke pulau2 3 bulan ni.
 
senyum la bam mi di temani isteri time2 hujan :p
musim tengkujuh
pekena kopi n ubi steler cicoh gule :)paid

wahh..best tu boh...yg sronoknye, ujan dia renyai2 jek, tapi dari pagi smp malam...nyamannn sgt2...:D :D
 
kawan aku baru je balik semalam dari pulau perhentian,nasib cuaca semua ok.
 
banyak trip mancing start bulan 10 ni
 
pulau mmg tutup, pulau kapas hujung tahun sampai bulan 3 tahun dpn baru bukak semula.
 
Back
Top
Log in Register