AUDJPY : Sasaran ke arah sokongan kukuh 74.542 - 29-10-2019
Pasangan matawang AUDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan kemungkinan harga semasa untuk pasangan matawang ini akan cuba untuk membuat penurunan setelah gagal untuk melanggar paras rintangan kukuh harian iaitu diparas 74.741.
Pasangan matawang AUDNZD untuk analisa hari ini masih lagi menunjukkan kekuatan trend bullish semenjak minggu lalu.Jika anda lihat pada carta,anda dapat pastikan bahawa harga semasa sekarang ini sudah sampai ke kemuncak kenaikannya kerana harga semasa sekarang ini sedang mendekati paras rintangan kukuh iaitu diparas 1.08198.
USDJPY : Melanggar semua sokongan ema - 01-11-2019
Pasangan matawang USDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan bahawa harga semasa telah berjaya untuk melanggar kesemua sokongan-sokongan yang diwakili oleh indikator EMA.Pelanggaran kesemua sokongan ini menandakan tekanan bearish adalah sangat kuat untuk minggu ini.
AUDJPY : Kenaikan ke arah rintangan 75.258 - 04-11-2019
Pasangan matawang AUDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan kenaikan sedang berlaku.Ini berlaku kerana ketiadaan pelabur dari jepun untuk hari ini akibat daripada cuti oleh bank jepun.
Pasangan matawang USDCAD untuk analisa hari ini menunjukkan bahawa harga semasa sekarang ini masih lagi gagal untuk melanggar paras rintangan kukuh di jangkamasa 4 jam iaitu diparas 1.31761 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA200.
Pasangan matawang USDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan kekuatan bagi matawang yen jepun yang mana telah menolak harga terus ke arah bawah.Namun ketika artikel ini sedang ditulis harga semasa gagal membuat pelanggaran terhadap sokongan 108.677 dan membuat kenaikan ke arah atas.
Hari ini, analisa masih lagi menunjukkan pasangan matawang GBPJPY bergerak agak perlahan dan tenang semenjak pertengahan bulan lalu. Kita masih lagi tidak boleh membuat apa-apa keputusan untuk menentukan pergerakan seterusnya bagi pasangan matawang ini.
GBPUSD : Melanggar sokongan kukuh harian - 11-11-2019
Berdasarkan analisa hari ini, pembukaan candle harian nampaknya di buka dibawah zon rintangan kukuh harian yang sebelum ini menjadi zon sokongan kukuh harian.
Berdasarkan pemerhatian untuk hari ini, saya melihat kenaikan yang berlaku pada semalam menunjukkan bahawa akan ada pergerakan yang lebih agresif untuk pasangan matawang ini. Untuk makluman anda, pilihan raya yang akan berlaku pada 12 Disember ini akan memberi kesan yang sangat besar terhadap matawang GBP.