BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebuan bertindak sebagai pakar bedah

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Kongsi info bersama warga CG.

EMERALD JEWEL WASP

Emerald jewel wasp (sejenis tebuan parasit) adalah satu evolusi yg dahsyat dan mengagumkan .
Tebuan betina ini, tidak suka membawa larva di dalam rahimnya tapi ia hanya bertelur di bahagian badan serangga lain dan berharap larvanya akan menetas & mencari jalan untuk hidup seperti serangga lain, yang pastinya bahawa larva itu akan menetas di atas sumber makanan pilihan mereka iaitu lipas. Lipas ialah serangga yg tipikalnya adalah agresif, dan dua hingga tiga kali lebih besar daripada tebuan ini.


64641532.png



tebuan ini telah menemui cara utk bertelur yg sangat inventif dan tidak masuk akal untuk kita berfikir bagaimana ia melakukannya dan uhmmm…ianya sungguh menakutkan.

Seperti seorang pakar bedah, tebuan ini menggunakan penyengat yang panjang untuk menusukkan bius kepada lipas yang terkejut bagi melumpuh dan membiuskan bahagian depan badan lipas. Selepas itu, tebuan ini boleh mengambil masa utk berehat seketika. Kemudian sampai masanya untuk tebuan menyuntik bagi kali kedua. Untuk memastikan suntikan kedua ini sempurna, tebuan akan tusukkan penyengatnya ke dalam kawasan tertentu di bahagian otak lipas. Ia akan menyuntik racun yg lebih kuat ke dalamnya, tebuan ini akan memastikan tempat yg ditusuk itu tepat dan menyekat reseptor neurotransmitter yang ada pada lipas itu bagi memusnahkan reaksi dan tindak balas lipas supaya lipas itu tidak boleh terbang atau bergerak lagi.


0.jpg




Iyekk, tebuan ini tahu bagaimana untuk melaksanakan prosedur ini.

Setelah tebuan menguasai lipas itu ia akan membawa lipas tersebut pulang ke sarangnya. tebuan ini akhirnya akan bertelur di atas lipas tersebut. Ia juga akan mematahkan sesungut/antenna lipas itu untuk minum darahnya bagi menambah tenaga dan kehausannya (lipas itu masih hidup), kemudian tebuan akan keluar dari sarang dan mengambil beberapa biji batu kerikil utk menutup sarangnya.


DSC_2296+%2528Small%2529.JPG



Selepas 3 hari, telur tebuan akan menetas dan larva perlahan-lahan memakan organ dalaman lipas tersebut sehingga mereka membentuk satu kepompong dan akhirnya barulah lipas itu akan mati. Selepas beberapa hari anak tebuan akan keluar dari kepompongn atau sekam lipas mati itu untuk memulakan kehidupan sendiri sebagai pakar bedah di kemudian hari.


Sesiapa yg nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video di bawah. Kehebatan seekor tebuan dan kesengsaraan seekor lipas.


http://www.youtube.com/watch?v=qN2XMyxAs5o
 
Last edited:
walaupun aku tak suka lipas..kesian lak aku tengok lipas tu
 
nampak macam terseksa lipas tu nak mati...organ dalaman kena makan hidup2..mcm cerita alien...bertelur dlm manusia...apa2 pun..semuanya adalah ketentuan ilahi..Hanya ALLAH Yang MAHA Mengetahui....
 
nampak macam terseksa lipas tu nak mati...organ dalaman kena makan hidup2..mcm cerita alien...bertelur dlm manusia...apa2 pun..semuanya adalah ketentuan ilahi..Hanya ALLAH Yang MAHA Mengetahui....

ye lah mcm alien...:o
 
Dasatnya tebuan parasit ni. Macam pembunuh bersiri. :o
 
sekor lipas untuk satu lebah..

ok arr...
 
Back
Top
Log in Register