BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tawan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, saya angkat sumpah 20 November'

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151

'Tawan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, saya angkat sumpah 20 November'​

Oleh Nur Izzati Mohamad
November 7, 2022 @ 7:27am
[email protected]
Anwar berucap dalam Ceramah Mega Harapan di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi. - Foto NSTP/Danial Saad
Anwar berucap dalam Ceramah Mega Harapan di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi. - Foto NSTP/Danial Saad

BUTTERWORTH: Pakatan Harapan (PH) akan berusaha menawan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi membolehkan gabungan parti itu memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seterusnya membentuk kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan antara kubu kuat PH.

Katanya, beliau kini membawa obor bagi menyerang Perak untuk memperluaskan kekuasaan gabungan parti berkenaan.
BERITA BERKAITAN
PRU15: BERSATU Kubang Pasu didakwa lemah, Wan Saiful ke Tasek Gelugor?
Wan Saiful ke Tasek Gelugor
Pilih dengan bijak elak perpecahan parti Melayu-Islam lebih parah
`Saya orang pertama akan tentang kerjasama dengan UMNO' - Rafizi
BH%20LOGO-1663749267.png

Berita terkini setiap pagiDapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda
LineLead-1663749307.png

Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Daftar Sekarang

"Kita yakin bahawa akan memperoleh kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen yang kita tandingi.

"Di Pulau Pinang, kita perlu jaga kawasan kubu kuat... dari Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan sehingga ke Nibong Tebal untuk terus kekal menjadi milik PH.
"Kini, dua lagi masih belum berhasil iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang kita akan tawan supaya membolehkan kita diangkat sebagai pemerintah dan saya akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November ini," katanya.
Beliau yang juga Presiden PKR dan calon Parlimen Kerusi Tambun berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.
Yang turut hadir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Pada PRU14, gabungan PH dibawah DAP memenangi tujuh kerusi Parlimen, manakala PKR (empat kerusi) dan UMNO (dua kerusi) sebelum seorang wakil masing-masing dari UMNO dan PKR melompat parti dengan menyertai BERSATU.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kedatangan rakyat Pulau Pinang dalam siri jelajah yang diadakan seolah-olah mengimbau kenangan ketika zaman reformasi sekitar tahun 1998.
"Datang punya ramai seperti ini, saya ingat dah macam zaman reformasi dulu yang kita nampak semangat rakyat mula bangkit," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, PH sangat serius dalam perjuangan politik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat bagi gabungan itu membentuk kerajaan.
"Perkara pertama saya akan buat apabila diberikan mandat adalah gaji Perdana Menteri dan Menteri akan dipotong selain akan mengurangkan jumlah Menteri dalam Kabinet. Ini menandakan bahawa PH amat serius (membentuk kerajaan)," katanya.
 
Yakin betul dia...saya akan angkat sumpah jadi PM 20 Nov....aku tak berani cakap benda gini....Allah swt menentukan segala galanya..
Itu tandanya dia nak sedapkan hati sendiri.... padahal dia takut sangat dgn PRU... sebab dalil 2 sebelum ini tunjuk sokongan kepada pH dah merosot...apa makna dalil...dalil ...petunjuk satu benda nak tunjuk satu benda
 
Itu tandanya dia nak sedapkan hati sendiri.... padahal dia takut sangat dgn PRU... sebab dalil 2 sebelum ini tunjuk sokongan kepada pH dah merosot...apa makna dalil...dalil ...petunjuk satu benda nak tunjuk satu benda
data invoke piji kata lain.. dap menang
 
Back
Top
Log in Register