BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Ismail Angkat Sumpah ADUN Lamag

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3532794d23fc022a08605c1e199661b0698ab1b4ec059

Mohd Ismail Ayob yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini.

Mohd Ismail Ayob yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini.

Mohd Ismail, 44, yang memenangi kerusi DUN Lamag pada 24 Jan lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Pada PRK berkenaan, Mohd Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 7,269 undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan yang meraih 1,588 undi.

Mohd Ismail atau lebih dikenali Miha, sebelum ini adalah calon Bebas di DUN Lamag dan muncul pencabar terkuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas.

Pada PRN Sabah, Mohd Ismail kekurangan 153 undi di belakang penyandang ketika itu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memperoleh 3,908 undi.

PRK Dun Lamag diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan yang turut dimenangi BN menerusi Mohd Kurniawan Naim Moktar.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Dis lepas.

 
Back
Top
Log in Register