BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taska, Tabika Perpaduan Platform Bentuk Kefahaman Terhadap Kepelbagaian Masyarakat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6a127ce35654ecda9ba219afd2b4486169e23cb57c3a1

8ff2d46a7c55d036b818801fcfa46d0369e23cf5d6250

2dbdfc4ebf6be4e58b54e28964a26d2569e23d4fdd8a1

821236bc9cbae560192001ba817c80dc69e23d3c34642

40c01d4885e28121b80d91fed52a152f69e23d65ea241

Kredit: FB Yuneswaran Ramaraj

Taska dan Tabika Perpaduan berperanan sebagai platform asas dalam membentuk nilai kehidupan bersama, memupuk sikap saling menghormati serta memperkukuh kefahaman terhadap kepelbagaian masyarakat sejak kecil.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara R Yuneswaran berkata kementerian itu, sentiasa memberi keutamaan terhadap agenda pendidikan awal dalam usaha menyemai nilai perpaduan.

“Di daerah Johor Bahru sahaja terdapat 47 Tabika dan sebuah Taska Perpaduan, ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan ruang integrasi sosial, khususnya kepada masyarakat bandar,” katanya ketika berucap dalam lawatan kerja ke Taska Perpaduan Taman Universiti, di sini hari ini.

Lawatan itu bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan anak-anak, antara lain memperkukuh pendidikan awal berteraskan perpaduan, selaras aspirasi melahirkan generasi yang saling menghormati, hidup dalam suasana harmoni dan menghargai kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara.

Yuneswaran berkata tugas mengasuh dan mendidik anak-anak kecil memerlukan tahap kesabaran tinggi di samping dedikasi dan kasih sayang berterusan.

“Anak-anak perlu dididik agar melihat kepelbagaian kaum bukan sebagai jurang pemisah, tetapi sebagai kekuatan yang menyatukan rakyat dan memperkukuh negara,” katanya.

Beliau berkata kepentingan kerjasama berterusan antara guru, ibu bapa dan komuniti melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memastikan ekosistem perpaduan pada peringkat akar umbi terus subur.

 
Back
Top
Log in Register