BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Perkukuh Kefahaman Masyarakat Terhadap Dasar Kerajaan - Ab Rauf

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,709
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,709
Reaction score
97
Points
80

Bernama Perkukuh Kefahaman Masyarakat Terhadap Dasar Kerajaan - Ab Rauf​

46da06de1efc22e3da1381b2ef6e8fc26a0d38a708707


Peranan Bernama amat besar dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap dasar kerajaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata di samping itu, Bernama menjadi medium penting yang menjunjung integriti, ketelusan dan etika kewartawanan dalam dunia penyampaian maklumat yang semakin pantas dan mencabar.

“Hampir enam dekad Bernama berdiri sebagai institusi media yang berwibawa dalam menyampaikan maklumat tepat, mencetus inspirasi serta menjadi nadi penyebaran berita sahih kepada rakyat dan negara.

“Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Bernama atas komitmen dan dedikasi, dalam memastikan rakyat terus menerima informasi yang tepat, berfakta dan diyakini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya di sini hari ini.

Beliau turut berharap agar Bernama akan terus unggul sebagai agensi berita nasional yang dipercayai, progresif dan sentiasa relevan dalam mendepani perubahan landskap media masa kini, dalam era ledakan teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

“Semoga Bernama terus cemerlang, maju dan menjadi ‘suara informasi’ yang dihormati pada peringkat antarabangsa.

“Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut ulang tahun ke-59 kepada Bernama yang diraikan hari ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register