BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Filem "Konspirasi" Tingkat Kefahaman Masyarakat Terhadap Peranan SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9d4067d0cbb209831878068a6fa686526a009dd6e99ce

e8dfe73953ef95b7d079a6a952f7f9d56a009ddf3de11

fb SPRM

Tayangan perdana filem Konspirasi diyakini mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek penguatkuasaan, malah turut merangkumi usaha pencegahan serta pendidikan antirasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata filem Konspirasi memberikan gambaran lebih dekat tentang liku perjuangan, ancaman, tekanan serta keteguhan prinsip pegawai SPRM dalam melaksanakan amanah demi kepentingan negara.

“Filem ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran sebenar yang dihadapi pegawai penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri tayangan perdana filem itu di TGV Alamanda, Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Junipah Wandi serta barisan pengarah kanan, pengarah bahagian dan negeri SPRM.

Filem berkenaan yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mei ini, mengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.

Filem itu turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak tidak dibenarkan, sekali gus memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integriti institusi penguatkuasaan.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu dibintangi pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan Esma Daniel.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dalam kenyataan sama berkata keterbukaan agensi seperti SPRM dalam menampilkan realiti tugas penguatkuasaan kepada masyarakat mencerminkan tahap ketelusan yang tinggi.

Beliau berkata filem itu turut menampilkan mesej bahawa sesuatu kesalahan tetap dianggap salah tanpa sebarang kompromi, selain memaparkan pelbagai tanggungjawab SPRM termasuk dalam aspek menjaga keselamatan dan kepentingan negara.

 

Baru Seminggu Tayang, Filem SPRM Ini Tiba-Tiba Hilang — Ada Yang Kepanasan?​

Bukan nak tuduh, tapi pelik. Sangat pelik. haiya lu nyangan mau chong sama kita lah

 

TEASER TRAILER KONSPIRASI - AKAN DATANG 2026​

Satu pasukan elit SPRM dikerahkan untuk merampas sebuah server tersembunyi yang mengandungi senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar pesisir. Diketuai oleh Adli bersama pasukannya, misi sulit tersebut bertukar menjadi perangkap apabila sebahagian data bocor ke media dan dark web, sekali gus mencetuskan krisis politik nasional.

Ketika kepercayaan awam terhadap SPRM mula runtuh dan wujudnya syak wasangka tentang pengkhianat dalaman, pasukan ini menemui petunjuk yang mengarah kepada seorang bekas pakar siber SPRM dan seorang penggodam terkenal.

Apa yang bermula sebagai operasi rahsia kini berkembang menjadi konspirasi berbahaya melibatkan perebutan kuasa politik, serangan siber berskala besar, serta campur tangan kuasa asing yang ingin menggugat kestabilan negara.

Sebuah filem arahan Ghaz Abu Bakar
Barisan pelakon: Dato Adi Putra, Alicia Amin, Hisyam Hamid, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim & Amir Nafis

 

FINAS Jelaskan Kenapa Tayangan Filem ‘Konspirasi’ Dihentikan Serta-Merta Di Pawagam​

Difahamkan, FINAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sekatan atau menarik balik tayangan Konspirasi.


Industri perfileman tempatan dikejutkan apabila filem​

Menurut laporan Berita Harian, susulan isu tersebut, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil menjelaskan bahawa keputusan menghentikan tayangan bukan dibuat pihak mereka, sebaliknya diputuskan sendiri oleh penerbit filem berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, semakan bersama Bahagian Wajib Tayang serta pengendali pawagam mendapati arahan pemberhentian tayangan datang daripada pihak pengedar dan penerbit filem tersebut.

Menurutnya, FINAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sekatan atau menarik balik tayangan Konspirasi.

WhatsApp_Image_2026-05-29_at_2.17.47_PM_1780036681.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib
Image via Berita Harian
"Filem ini telah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan juga kelulusan Wajib Tayang sebelum ditayangkan di pawagam.

"Pawagam juga mengesahkan mereka menerima arahan rasmi daripada pengedar untuk menghentikan tayangan,"
katanya.

Tambah beliau, FINAS masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak penerbit sebelum memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai situasi sebenar.

710556510_18471429340100204_8610230103637968890_n-768x1024.jpeg
Image via FINAS MalaysiaImage via

Dalam masa sama, pengarah filem tersebut, Ghaz Abu Bakar mengakui dirinya turut terkejut dan sedih dengan keputusan itu kerana hanya dimaklumkan menerusi kiriman teks daripada pihak produksi​

"Sejujurnya saya sendiri tak tahu kenapa. Bila saya tanya puncanya, mereka tidak membalas mesej saya," katanya.

Ghaz berkata, berdasarkan kebiasaan industri, sesebuah filem lazimnya diberikan tempoh tayangan sekurang-kurangnya dua minggu di pawagam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Namun, Konspirasi baru sahaja memasuki minggu pertama tayangan sejak mula ditayangkan pada 21 Mei lalu.

Mengulas mengenai prestasi kutipan tiket, Ghaz berkata beliau tidak mempunyai akses kepada data penuh kerana perkara itu dikendalikan pihak penerbit.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sambutan penonton pada hujung minggu dilihat semakin meningkat walaupun hari pertama tayangan agak perlahan berikutan persaingan dengan filem lain.

Ghaz_1780029880.webp

Pengarah Filem Konspirasi, Ghaz Abu Bakar
Image via Berita Harian
Filem Konspirasi menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Dalam pada itu, Ghaz mengakui filem berkenaan menerima reaksi bercampur daripada penonton.

Ada yang memuji tema jenayah siber dan elemen patriotik yang dibawa, namun ada juga yang mengkritik penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta aspek penceritaan filem tersebut.

Walaupun kecewa, Ghaz menegaskan seluruh pasukan produksi sudah memberikan yang terbaik dalam menghasilkan naskhah itu.

"Kami dan krew produksi sudah beri yang terbaik untuk filem ini." katanya lagi.

 

Tayangan Konspirasi dihentikan serta-merta​

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Mei 29, 2026 @ 11:51am


Konspirasi menampilkan kisah operasi SPRM dalam misi membongkar rangkaian rasuah dan kebocoran data sulit.
Konspirasi menampilkan kisah operasi SPRM dalam misi membongkar rangkaian rasuah dan kebocoran data sulit.

KUALA LUMPUR: Filem Konspirasi yang baru mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 21 Mei lalu dilaporkan dihentikan tayangan secara serta-merta, sekali gus mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat dan penggiat industri.

Perkara itu dikongsikan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi platform Threads, yang turut meluahkan rasa terkejut dengan keputusan berkenaan.

"Saya dapat satu lagi berita yang mengejutkan, filem Konspirasi terpaksa dihentikan tayangan di semua panggung wayang serta-merta.

"Malaysia, apa yang terjadi? Jujurnya ini kali kedua saya menghadapi situasi sangat pelik fasal filem," katanya.



Sarimah bagaimanapun tidak mengulas lanjut dan memilih untuk berdiam diri.

"Kalau nak cerita semua nanti terlebih 'spill' segalanya. Nantilah, ketenangan menjadi pilihan," ujarnya.

Luahan itu turut mendapat reaksi netizen yang melahirkan rasa kecewa dan membandingkan tempoh tayangan filem tempatan dengan filem luar negara yang didakwa lebih lama bertahan di pawagam.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu diterbitkan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.

Konspirasi mengangkat kisah badan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam misi berisiko tinggi membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.

Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Roy Azman, Esma Daniel dan Sarimah.

Dalam jalan cerita, SPRM menerima maklumat mengenai sebuah pelayar tersembunyi yang menyimpan data ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara.

Operasi yang diketuai pasukan elit itu pada awalnya berjalan lancar, namun bertukar kacau bilau apabila sebahagian data mula bocor ke media dan laman gelap, sekali gus mencetuskan krisis politik negara.

BH Online masih berusaha mendapatkan pengesahan daripada penerbit, pengarah, Lembaga Penapis Filem (LPF), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pihak berkepentingan lain mengenai penarikan tayangan filem Konspirasi.

 
Back
Top
Log in Register