BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarikh Penting ISLAM 2024 (1445H/1446H)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240118_170516_155.jpg


TARIKH PENTING ISLAM 2024

Jom kita tengok tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2024

Semoga kita semua akan berjumpa dengan tarikh Islam ini jika dipanjangkan umur terutamanya bulan Ramadan Mubarak

08 Feb - Israk Mikraj
12 Mac - Awal Ramadan
28 Mac - Nuzul Quran
10 April- Hari Raya Aidilfitri
08 Jun - Awal Zulhijjah
18 Jun - Hari Raya Aidiladha
07 Julai - Tahun Baru Islam
16 Sept - Maulidur Rasul
 
IMG_20240118_204630_911.jpg

IMG_20240118_204635_366.jpg

IMG_20240118_204638_728.jpg

IMG_20240118_204642_389.jpg

IMG_20240118_204647_149.jpg

IMG_20240118_204651_083.jpg

IMG_20240118_204654_580.jpg

IMG_20240118_204658_119.jpg


TARIKH PENTING ISLAM 2024
(1445/1446)

Jangan lupa simpan tarikh penting Islam ini. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu dengan tarikh Islam ini terutamanya bulan Ramadan Mubarak yang bakal tiba tak lama lagi. Insyallah!
 
_*APA PENGERTIAN NUZUL QURAN?*_

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 185, Allah s.w.t berfirman :

﴿ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ﴾

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah “

Didalam surah Al-Dukhan pula, ayat 1-3, Allah s.w.t memberikan petunjuk bahawa ianya telah diturunkan pada malam yang penuh keberkatan, firman-Nya :

حم * وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ * إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Haa, Miim. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)

Akhir sekali didalam ayat 1 surah Al-Qadar pula, Allah s.w.t menyatakan secara jelas nama malam diturunkan Al-Quran

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar"

Namun timbul sedikit khilaf (perselisihan) dan kekeliruan apabila wujud pendapat ulama’ yang mengatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan.
Tambahan pula, di Malaysia, tarikh 17 Ramadhan telah diisytiharkan sebagai hari Nuzul al- Quran.

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa lailatul qadar itu pada 10 malam yang terkahir didalam bulan Ramadhan berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجاور في العشر الأواخر من رمضان ويقول : تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
(رواه البخاري)

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dan bersabda“ carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan.”
(Hadith riwayat Bukhari)

Sekilas pandang, solah-olah pendapat ini ; (iaitu Al-Quran diturunkan pada tanggal 17 Ramadhan) jauh tersasar daripada nas Al-Quran dan Hadith yang jelas mengatakan ia turun pada malam lailatul qadar. Bererti, Nuzul Al-Quran sepatutnya jatuh pada malam kedua puluh dan keatas, bukannya 17 Ramadhan.


Bagi menghilangkan kekeliruan ini, satu perkara penting perlu difahami bahawa disisi ulama’, *terdapat tiga peringkat di dalam proses penurunan Al-Quran kepada Nabi* s.a.w. :-

_Peringkat pertama_ adalah daripada Allah azza wa jalla ke Luh Mahfuz. _Peringkat kedua_ pula adalah daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia). Manakala _peringkat ketiga_ adalah daripada Baitul Izzah kepada Nabi s.a.w selama lebih kurang 23 tahun.

Memahami peringkat-peringkat ini memberikan kita jawapan kepada perselisihan yang timbul dalam penentuan tarikh penurunan Al-Quran. Menurut para ulama’, yang diturunkan pada lailatul qadar itu adalah Al-Quran secara keseluruhan daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia).

Manakala pertama kali Al-Quran tersebut diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada Baitul Izzah (langit dunia) adalah pada 17 Ramadhan dan berterusan selama lebih kurang 23 tahun sejak baginda s.a.w dilantik menjadi Rasul.

Walaupun terdapat riwayat lain tentang tarikh pertama kali Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, namun riwayat daripada Ibnu Katheer (bahawa Al-Quran diwahyukan pada 17 Ramadhan) adalah diantara riwayat yang paling masyhur dalam penentuan tarikh tersebut.

قال ابن كثير في البداية والنهاية نقلاً عن الواقدي عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة خلت من رمضان وقيل من الرابع والعشرين. انتهى.

Berkata Ibnu Katheer didalam kitabnya Al-Bidayah wa Al-Nihayah yang diriwayatkan daripada Al-Waqidi daripada Abi Ja’far Al-Baqir : “adapun permulaan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pada hari isnin tanggal 17 Ramadhan. Dalam riwayat yang lain tanggal 24 Ramadhan”

Maka jelas disini bahawa tiada percanggahan diantara nas Al-Quran dan Hadith dengan pendapat ulama’ tentang tarikh penurunan Al-Quran itu sendiri

Apa yang lebih pasti adalah,Allah s.w.t melalui Nabi Muhammad s.a.w menyeru kaum muslimin untuk mengejar lailatul-qadar iaitu sebuah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini adalah lebih penting untuk kita sama-sama kejar dan rebut sebaik mungkin, selagi masih diberi peluang untuk hidup diatas muka bumi ini.

Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita benar-benar diampunkan oleh Allah s.w.t sekaligus tergolong di dalam hamba-Nya yang berjaya memburu lailatul-qadar. Allahuma Amiin.

Wallahua’lam.
 
Back
Top
Log in Register