BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarekat sufi

terima kasih saudara..penerangan saudara memang sedikit sebanyak merungkai persoalan persoalan yang bermain di fikiran ni..

ok..adekah perjalanan tarikat ini hanyalah dengan berzikir sahaja seperti yang ditunjukkan di media massa..ye la selain dari mengamalkan syariat...

dan adakah dengan amalan zikir ini memang membolehkan kita mematikan nafsu kita yang terdiri dari 7 peringkat seperti nafsu amarah, lawamah, mulhamah, mutmainah, radhiyah, mardhiyah dan kamaliah...dan persoalan saya...kalo org biasa mcm sy ni..yang hanya mengamalkan syariat iaitu kulit..sampai peringkat manakah nafsu saya ini..adekah hanya dengan mengamalkan amalan tariket ini boleh mencapai peringkat2 nafsu yang disebutkan diatas..

apakah maksud " mematikan diri sebelum mati"?..sebab biasa dengar ayat ini disebut org yang beljar tarikat..

untuk soalan pertama tu saya kurang jelas tapi dari setakat mana yang saya jelas saya jawab begini

berdirinya tarikat diatas adab

adabni bermakna peraturan, selain zikrullah wujud peraturan peraturan yang perlu diikuti oleh ahli tarikat, peraturan peraturan ini dicipta untuk memudahkan seseorang salik itu mendapatkan rahmat tuhan peraturan ini bergantung kepada tarikat masing masing,

sebenarnya soalanni betul fokus kepada tarikat tasauf tapi takpelah saya jawab mana yang saya tau kot salah atau saudara kurang puas hati boleh lah merujuk kepada orang lain yang lebih arif

menurut pendapat ahli sufi peringkat nafsu yang tertinggi boleh dicapai oleh orang awam ialah nafsu mulhamah tinggi sikit dari amarah dan lawamah

sebenarnya kita jangan salah faham amalan thariqat bukanlah satu satunya jalan untuk kita mendapatkan rahmat tuhan tetapi amalan thariqat adalah salah satu jalan bagi mendapatkan rahmat allah dimana jalan tersebut telah melahirkan ramai wali atau kekasih tuhan cuba bezakan antara perkataan satu satunya dengan salah satu kenaikan peringkat nafsu adalah sebahagian rahmat tuhan yang maha luas

selain itu juga terdapat satu lagi jalan untuk sampai kepada tuhan iaitu cara majzub hal ini telah disepakati oleh seluruh ulama sufi

selain tu saya tak tahu sebab saya pun kurang ilmu tapi janganlah pula saudara kata kot mcmtu ahli thariqat jelah yang masuk syurga atau orang thariqat jerlah yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi tuhan kerana saya dah fobia dengan ayat tersebut

bagi saya mereka yang benar benar istiqamah dengan zikrullah sahaja yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi tuhan kalau ada masa lapang nanti saya akan menulis berkenaan hubung kait zikrullah dengan taqwa insyaallah daripada taqwa tersebutlah maka kedudukan seseorang itu dinilai oleh allah

diri disitu bermaksud diri yang jahat iaitu hawa yang sentiasa mendorong pada kejahatan

itulah secara ringkas yang boleh saya jawab soalan saudara kalau ada salah saya minta maaf sebab saya pn jurang ilmu memang dah nama saya manusia senantiasa salah dan lalailah sifat saya
 
ermmm...klu kiter bincang pasal ni rasanya macam belum kuat lagi utk kiter berhujah mana yang betul dan mana yang salah...rsa cam x cukup ilmu lagi..
tapi perdebatan macam ni boleh menimbulkan sifat ingin tahu dan itu yang bagus berkaitan thread ni...

den nak mintak laluan skit...nak bagi pendapat den pulak...boleh yer tuan tanah...

Islam itu mudah...semudah ABC tetapiuntuk mengamalkannya adalah yang susah... macam solat, amat payah utk mengerjakannya kecuali bai orang yang khusyuk...maksud kusyuk itu adalah orang yang selalu mengamalkannya tanpa tinggal...
jadi, nape kita nak susahkan jalan kita...jalan kepada Islam ada stu jer...tarikat ni pulak buat banyak jalan...bagi den, cukuplah sekadar kita mengamalakan apa yang kita tahu dan meninggalkan segala amalan yang tak tentu hukum hakamnya....tapi, nanti den tanya ustaz dulu...nnt den bagi lagi yer... hehehe

saya tak tau nak cakap apa................

cuma kalau saudara berkelapangan cubalah fahami perjalanan sufi bukan saya minta amalkan cuma fahami nanti saudara akan faham mengapa kalangan ahli sufi bersusah payah untuk melalui jalan ini
 
orait..pada pandangan hamba lah kan..kebanyakkan yang ikut tarikat ini..ade setengahnya syariat pun masih belum kukuh..maksudnya dr segi solat ataupun amalan asas...ini pendapat hamba..

bg hamba la kan..tarikat ini adalah salah satu cara merapatkan perhubungan antara roh dan pencipta..

tetapi adapun..cara merapatkan hubungan antara hamba dan Penciptanya telah dibahagikan oleh para ulama kepada 4 bahagian iaitu :

1. secara syariat
2.secara tarikat
3. secara hakikat
4. secara makrifat..

so kalo ikutkan pada susunan tersebut..para ulama menekankan kita mempelajari syariat dahulu barulah tarikat...

so..apa pandangan saudara dengan pengikut2 tarikat sekarang..yang kadang2 tu..solat pun belum tentu betul lagi bacaannya..tetapi dah mencuba jalan tarikat ni..

sbbnya..hamba mempunyai seorg saudara yg belajar pondok ni..dan pernah persoalkan benda ni..so dia kata...org yg belajar tarikat atau perjalanan sufi ni adalah org yg betul2 warak dan alim..ilmu syariat betul2 kena lengkap...so apa pandangan saudara dengan tarikat2 yang wujud pada masa kini...adakah betul jalan mereka?

satu lagi komen..hamba pernah jumpa ngan seorang tua..yang dr segi luaran, penghormatan orang terhadap dirinya sangat disanjung..pernah satu ketika..hamba pergi waktu petang hampir magrib dengan abang hamba..yyg pelik nya..org ini alim...sampai lah waktu isyak org ni layan kami..kami ni mmg sah2 tak solat la waktu tu..tapi dia pun tak solat sama...dia kata..amalannya tak putus untuk Allah..kalo putus hunbungannya dengan Allah maka celaka la diri dia..any komen..

mng sebagusnya sebelum kita masuk aliran tarikat kita kena perkukuhkan syariat tue. pada saya apabila kita masuk aliran tarikat sebenarnya kita sedang mensuci kan batin kita supaya suci dari syirik nyata dan tersembunyi..
 
ade gak a brader ni nak ajar aku..rumah banyak gak sumber2 buku sufi ni..penngertian roh, pengertian syahadah...pengertian kalimah Allah, Nabi Muhammad dan sebagainya..

dia suruh aku amalkan zikir..zikir yang biasa lepas sembahayang...setiap malam kena buat beribu kali selama 30 malam tanpa putus...aku pun ikut aje la..

tapi yg buat aku tarik diri ni...bila aku rasa aku semakin panas baran dan ganas..so tak mo dah aku amal...lagi pun brader ni..aku tgk dia solat pun entah bila..

tapi ade satu ketika dia solat gak..itu pun jika ade sebab atau pun dia nak tolong lakukan sesuatu..baru dia solat..

pastu dulu..kalo lama aku tak jumpa dia..dan dia nak jumpa aku..dia takyah call pun..mlm tu aku mimpi dia panggil aku..so esok aku pergi dia senyum je..mcm tahu aku mimpikan dia..dan dia cerita mmg dia berniat nak jumpa aku pun..hmmm...any komen..tapi tak sempat habis semua sbb lepas tu aku transfer jauh...

se eloknya la klu nak baca buku tng kerohanian nie elok buku yg ditulis oleh imam alghazali, syeikh abdul kadir jailani dan ulama lain yg di iktiraf oleh kebanyakkan ulama dan memang dikenali mereka nie adalah orang yg betul2 patuh pada syariat dan batin nya sentiasa berhubung dengan Allah..

mng bagus sebenarnya klu kita sentiasa berzikir.. tidak kira la zikir ape pun asal kan kita memuji Allah.. yg penting makna zikir tue kena la kita tahu..

klu setakat kita bermimpi x boleh jd kan landasan bahawa ajaran yg dibawa tue adalah benar.. penilaian hanya boleh dibuat sekiranya mereka ini benar2 mematuhi syariat dan mng berakhlak mulia dan hati nya sentiasa berhubung dengan Allah..

klu ajaran yg kita ikut tue cuba meninggalkan syariat seeloknya di tinggal kan..

imam alghazali walaupun tinggi ilmunya dalam bahagian mukasyaf tetapi beliau tetap mengamalkan syariat..

tetapi paling penting sentiasa la mintak pertolonga pada Allah dalam apa jua perkara.. andai kita ragu dengan sesuatu ajaran tue buat la solat istikarah untuk minta petunjuk..
 
mng sebagusnya sebelum kita masuk aliran tarikat kita kena perkukuhkan syariat tue. pada saya apabila kita masuk aliran tarikat sebenarnya kita sedang mensuci kan batin kita supaya suci dari syirik nyata dan tersembunyi..

betul tu memang itulah kehendaknya

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
se eloknya la klu nak baca buku tng kerohanian nie elok buku yg ditulis oleh imam alghazali, syeikh abdul kadir jailani dan ulama lain yg di iktiraf oleh kebanyakkan ulama dan memang dikenali mereka nie adalah orang yg betul2 patuh pada syariat dan batin nya sentiasa berhubung dengan Allah..

mng bagus sebenarnya klu kita sentiasa berzikir.. tidak kira la zikir ape pun asal kan kita memuji Allah.. yg penting makna zikir tue kena la kita tahu..

klu setakat kita bermimpi x boleh jd kan landasan bahawa ajaran yg dibawa tue adalah benar.. penilaian hanya boleh dibuat sekiranya mereka ini benar2 mematuhi syariat dan mng berakhlak mulia dan hati nya sentiasa berhubung dengan Allah..

klu ajaran yg kita ikut tue cuba meninggalkan syariat seeloknya di tinggal kan..

imam alghazali walaupun tinggi ilmunya dalam bahagian mukasyaf tetapi beliau tetap mengamalkan syariat..

tetapi paling penting sentiasa la mintak pertolonga pada Allah dalam apa jua perkara.. andai kita ragu dengan sesuatu ajaran tue buat la solat istikarah untuk minta petunjuk..

solat istikharah memang bertepatan dengan peraturan dalam thariqat naqsyabandiah

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

saudara only1 diharap lapang lapang jenguklah thread ni boleh tolong tolong jawabkan masalah thariqat kami supaya tidak jadi fitnah kerana di akhir zaman ni thariqat telah teruk terfitnah

kita sama sama tinggalkan perbahasan yang tidak bawa sebarang keuntungan tapi jika kita bersama sama berkongsi pendapat dengan niat menambah ilmu mudahmudahan allah akan kurniakan rahmatnya
 
solat istikharah memang bertepatan dengan peraturan dalam thariqat naqsyabandiah

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

saudara only1 diharap lapang lapang jenguklah thread ni boleh tolong tolong jawabkan masalah thariqat kami supaya tidak jadi fitnah kerana di akhir zaman ni thariqat telah teruk terfitnah

kita sama sama tinggalkan perbahasan yang tidak bawa sebarang keuntungan tapi jika kita bersama sama berkongsi pendapat dengan niat menambah ilmu mudahmudahan allah akan kurniakan rahmatnya

saya mana la tahu sgt tp sekadar bg pendapat ok ler.. insyallah sama2 kita berkongsi untuk kebaikkan bersama
 
AWAS!

Sesat di jalan sehala,
kerana terlalu banyak papan tanda.
 
kebenaran thariqat ahli sufi 5

sejarah ringkas thariqat ahli sufi 4

menurut jumhurul ulama terdapat lebih 40 thariqat yang diakui benar dan selaras dengan syariat islam .setiap thariqat ini mempunyai kaifiat zikir dan juga memiliki peraturan peraturan yang tersendiri dan yang paling penting setiap thariqat ini mempunyai silsilah pengambilan dari nabi muhammac saw itulah yang membezakan antara thariqat dengan aurad dan juga untuk membezakan antara thariqat yang benar dengan thariqat yang salah .

rasullullah saw telah memberi baiah amalan zikrullah kepada para sahabat 4 contohnya saidina ali pernah bertanya kepada rasullullah wahai rasullullah bagaimanakah caranya aku ingin supaya aku hampir dengan tuhan rasullullah menjawab pejamkan matamu kemudian sebut kalimah allah allah allah didalam hatimu. dari saidina ali ini kebanyakan thariqat diatas muka bumi ini telah terhasil.tetapi didalam ini saya tidak mahu menyentuh thariqat lain kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas beerkenaan thariqat lain saya hanya akan menjuruskan kepada hanya thariqat naqsyabandiah al kholidi

thariqat naqsyabandiah telah di ijazahkan oleh rasullullah kepada saidina abu bakar as siddiq ,dizaman abu bakar assiddiq golongan pengamalnya di gelar siddiqqiah manakala sewaktu sampai kepada masa syekh abu yazid al bustami di gelar thaifuriah ketika zaman syekh abdul kaliq al fajduani digelar khawajakaniah .

hanya pada zaman syekh bahauddin an naqsyabandi barulah di gelar naqsyabandiah,gelaran naqsyabandiah ini adalah diambil dari bahasa parsi lama dari dua patah perkataan iaitu naqasy yang bermaksud gurisan gurisan dan band yang bermaksud pekan dan juga membawa maksud layar,dan naqsyabandiah bermaksud gurisan gurisan kalimah allah pada hati sanubari

kemudian pada zaman syekh abdullah al ahrar dinamakan pula ahrariah pada zaman syekh ahmad alfaruqi dinamakan pulaa mujadidiah dan dari zaman syekh kalid digelar khalidiah sehinggalah hari ini,

dalam satu masa kemasa lain satu syekh kepada syekh lain berbagai peraturan dan amalan yang berkaitan dengan zikir telah di susun bagi membuatkan mereka yang menjalani thariqat ini lebih jitu lagi mengingati tuhan dan amalan amalan tersebut telah di uji keberkesanan nya sejauh manakah amalan tersebut dapat membuatkan seseorang itu dapat mengingati tuhan

seperti sebahagian thariqat yang pernah saya jumpa mereka telah menggunakan perjalanan keluar masuk nafas mereka untuk mengingati tuhan dalam hati saya pernah bertanya kepada ahlinya kejayaan mereka dalam mengingati tuhan menurut mereka insyaallah seseorang yang tekun mengamalkannya akan dapat mengingati tuhan secara spontan setiap kali nafas mereka keluar dan masuk sehingga ingatan mereka kepada tuhan langsung tidak mengganggu hidup mereka

jadi janganlah kita mudah hairan atau merasa pelik jika kita melihat berbagai ragam orang berzikir kerana jika mereka berasal dari ilmu thariqat yang selaras dengan syariat islam cara dan kaedah mereka itu memang telah di uji malah melalui jalan thariqat ini telah banyak menghasilkan aulia allah yang amat terkenal karamahnya. bukankah karamah itu sebagai tanda seseorang itu adalah sangat tinggi kedudukannya disisi tuhan

untuk lebih mendekatkan faham cuba kita hafal sesuatu kalimah yang panjang mungkin dalam duduk selepas kita hafal kita boleh membaca kalimah yang panjang tersebut tapi cuba kita berlari sambil menyebut kalimah yang panjang tersebut kalau kita masih dapat mengingati kalimah tersebut bermakna hafalan kita adalah kuat tetapi jika kita lupa maknanya hafalan kita tidak kuat lagi dan akan lupa dalam jarak masa yang singkat

namun ada sebahagian manusia menganggap perkara ini bidaah sehingga di labelkan sesat, persoalannya sesatkah seorang yang cuba ingat tuhan dan mencuba pelbagai cara bagi memantapkan lagi ingatan mereka kepada tuhan sedangkan mereka yang menuduh sesat tu pun tidak mahu menunjukkan cara yang lain bagi mengingati tuhan dalam bentuk yang amat mantap terpulanglah pada mereka dalam hal ini ,dalam mazhab syafeei sendiri sentiasa membawa qunut ketika waktu subuh sedangkan rasullullah sendiri adakah sentiasa membawa qunut subuh,tapi kita dapat terima nya sebagai sebahagian solat subuh kerana sebenarnya imam syafeei adalah satu satu nya imam yang telah dapat rahsia qunut subuh berbanding imam imam yang lain sehingga beliau amat menggalakkan qunut subuh ,apa rahsia nya saya pun tak pasti cubalah tanyakan kepada ahli feqah mengapa imam syafeei sangat menuntut qunut dalam solat subuh,

sebenarnya banyak lagi sejarah ilmu thariqat ahli sufi yang boleh di ceritakan namun saya tidak bercadang menulisnya kerana apalah gunanya kita hanya tahu berkenaan sejarah atau rupa thariqat ini bukankah lebih baik kita ambil manfaat dari zikrullah ini , contohnya imam ghazali pernah bercerita ada seekor ular yang telah masuk kedalam baju seseorang ,oleh kerana terkejut yang amat sangat orang itu telah menjerit ular !ular! ular! maka orang ramai pun datang bertanya ular apa yang masuk dalam baju seorang lagi bertanya panjang ke pendek ular yang masuk dalam baju tu seorang lagi bertanya warna apa ular tu punya lah bagai nak pitam orang yang dimasuki ular bajunya itu mendengar soalan yang bukan bukan datang dari mereka yang disangka hendak menolongnya cubalah kita fikirkan sejenak bukankah lebih baik mereka keluarkan ular dari baju orang tersebut dan lihat lah puas puas ular tersebut tak yah susah susah nak tanya soalan yang bukan bukan tu

sebenarnya perbandingan yang dibuat oleh imam ghazali itu adalah untuk masalah syaitan tapi saya tetap merasa sesuai untuk hal ini hanya menceritakan hikayat sejarah tarikat ahli sufi sedangkan tiada manfaat pun bagi kita untuk mengingati tuhan insyaallah dimasa yang lain saya akan menceritakan pula perhubungan zikrullah dengan rukun islam dan dengan tulisan yang akan datang ini saya harap anda semua faham mengapa sebahagian golongan ahli thariqat ini begitu sayang dan bersungguh sungguh mengamalkan thariqat masing masing kerana senang cakap mereka faham apa yang mereka benar benar perlukan dari thariqat ahli sufi ini

insyaallah dimasa akan datang saya akan menulis perhubungan ilmu thariqat dengan rukun islam pula...........
 
Last edited:
kalau nak sumber pengetahuan lagi, click jer kat saggy aku tuu, AKHIRAT CENTER....
Macam2 ada, ebook, video, audio, text untuk dibaca online. Silakan...
 
Back
Top
Log in Register