BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SUFI - Mengenal Cinta

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
SUFI - Damasutra
(Disebalik Lirik - Mengenal Cinta)

šŸ”¹Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka… Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada… Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia… Biar rebah dihina kau tak berubah…

Maksudnya~~Sufi diertikan sebagai seorang hamba Tuhan yang mencari Cinta TuhanNya dan sudah mencapai maqam makrifat dan mengenal sifat2 Tuhan dan mengESAkan hak-hak Allah dalam setiap martabat wujud pada dirinya dan alam jagat ini, seorang yg warak, dan wali Allah.

Lagu ini menceritakan tentang seorang hamba yang telah bertemu dengan cinta Allah, yang telah dibuka hijab oleh Allah dan dibalas Cinta Allah kepada dirinya yg dengan anugerah itu dia mendapat menikmati rasa Cinta/Mahabbah yang tulus dan murni dari ta'luq Al-Wadud..sehingga serahan pemilik Cinta itu mengakibatkan sang hamba terlalu asyik dgn tajalli Sifat Al-Wadud Allah (Maha Pencinta). Kerana asyik itulah dia tenggelam dalam lautan cinta hingga tidak lagi memandang dan merasai dirinya..fana dia..lebur diri dalam kecintaan hingga dia rela diuji walau apapun syaratnya dari cinta hatinya..Tuhannya.. sehingga dia sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata kasihkan Allah, sanggup mengorban jiwanya, hartanya, tidur lenanya dimalam yg sejuk, lapar dahaganya, dan apapun syarat Sang Kekasih terhadapnya. Biarpun dihina..biarpun dicemuh..dimaki..dikeji.. ditimpa musibah sekalipun..dia pasti tidak akan berubah dari Cinta Tulusnya kepada Kekasih hatinya.

šŸ”¹Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan….

Maksudnya ~~Mereka yang telah tenggelam dan asyik dengan cinta Allah pastinya telah menguasai hakikat keluasan sifat-sifat Jalal dan Jamal Tuhannya yg seluas lautan sifat dan ilmunya tak pernah habis dan selesai sampai bilapun.. letih menghurai dan meneliti...yang mana rahsia ketuhanan itu tersembunyi di dalam dirimu dan alam jagat ini. Mengenali Yang Maha Tersembunyi (ALLAH). Firman Allah dalam hadis Qudsi: ā€œAku adalah Yang Terpendam dan Tertutup. Aku ingin dikenali dan ditemukan. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-KUā€.

Nafi dan Isbat… itulah kalimah agung LAAILAHAILLALLAH yang bermaksud ā€œtiada Tuhan (nafi dan menafi akan yg selain Allah itu memiliki zat dan sifat dan Asma dan Afaalnya ) melainkan Allah (Isbat dan mengitsbat hanya keESAan milik Allah semata)..itulah Akidah yg terpendam didalam jiwa Sufi hingga layak dia dicintai Allah.

šŸ”¹Sufi kau hilang di pandangan…. Ada di dalam kenikmatan…. Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah…. Andai tertutup tirai sufi…. Yang terang tidak nampak terang…. Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…

Maksudnya ~~Nikmat yang hakiki adalah apabila seseorang hamba itu berada dalam fana Lillah sehingga tercapainya maksud kebersamaan Allah dengan dirinya. Firman Allah "Dan Dia(Allah) BERSAMA kamu dimana saja kamu berada"(Surah al-Hadid). Hal itu bermaksud kerana keasyikan dengan Cinta Tuhan..sang hamba telah dapat menyaksikan lambang Cinta Tuhan dan KeESAan hak-hak Tuhan pada setiap zarah diri jasadnya dan Rohnya..hingga tiada satupun dia memandang datang dari hak dan milik dan tadbir dirinya..hilang dirinya dan keESAan milik kesemua dirinya dan alam jagat ini hanya yang layak memilikinya ialah Allah swt..Cinta hatinya..maka hilang dia dari pandangan..asyik dengan Cintanya..dan menikmatinya..lebih daripada nikmat malam pertamanya. Keadaan itu hanya berlaku apabila hijab sufi tersingkap. Hilanglah diri insan…tajalli/manifestasi pula ALLAH yakni insan itu lenyap bersama ALLAH…tenggelam dalam kenikmatan dan keredhaan. Para sufi menganggapnya sebagai kesempurnaan seorang insan yang luhur….

Kadangkala hijab sufi akan kembali berlabuh tirainya. Kita tidak dapat merasai dan menikmati rasa Wujud Allah kerana hijab diri kita..hingga kedekatan keberadaan Allah yang jelas dan terang terhijab dari pandangan hati dan indera matamu. Kerana tiada Cinta dihatimu..kerana Dunia Cintamu...cintai selain Dia. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan dunia. Itulah siksa yang menyakitkan. Siksa apabila tidak bertemu dengan Kekasih hati…Siksa Neraka kejauhan kerana dijauhkan daripada merasai Ada Wujud Allah disisimu. Hatta dalam solatmu pun tidak bersama denganNya...Dia amat cemburu...kalau ada cinta pada selain Dia...maka tiadalah Dia disisimu...itulah Neraka didunia..ketika tidak merasa Wujud DiriNya...dlm kedekatan dirimu.

šŸ”¹Inginku tempuh titianmu…. Dari kekasih ke kekasih…. Pengabdianku bersamamu kasih…. Biar rebah dihina kau tak berubah…~~

Maksudnya ~~Apabila telah berada dalam maqam ma’arifatullah…yakni mengenali hak-hak ketuhanan dan keESAanNya..pastinya keadaan itu bagaikan menggamit kerinduan.

~~Dari kekasih ke kekasih memberi makna tentang DIRI rohani dan ALLAH. Roh manusia adalah yang telah berjanji awal dulu dialam arwah dulu untuk tetap setia..sebagai kekasih awal dan akhir..kekasih zahir dan batin..tetapi ketika diuji kedalam zhulumat/kegelapan jasad dan alam...kesetiaannya pudar. Ketika diuji oleh kekasihnya... yang kelihatan hanya selain Allah..dalam rupa yang berbeza dan berbilangan..dia tidak mengenali rupa sifat-sifat yang datang dalam pelbagai rupa bentuk yg berbeza itu. Asyik pula dengan godaan yang disangka selain kekasih awalnya... Allah...Allah..Allah..tertipu dia dengan rupa zahir itu...

Tapi bagi yang makrifat dan yang mengenali...dia tetap kenal kekasihnya walaupun dalam tajalli berbeza-beza..kerana Cinta yang tak pernah pudar itulah dia tetap mengenali kekasihnya..tetap bersama kekasihnya dalam rupa kepelbagaian martabat wujud yang datang padanya..isterinya..sahabatnya..musuhnya..iblis..jin.. malaikat..aku tetap mengenaliMu..kerana Engkau kekasihku...walaupun kelihatan rupa yg berubah dan kepelbagaian..aku tahu itu Engkau...

Biarpun dihina oleh golongan yang cintakan dunia, namun pengabdian suci itu tetap kekal dan utuh. Tidak akan goyah duduknya. Umpama karang di dasar lautan…kasihku takkan berubah~

Wallau a'lam..
 
xde peminat sufi ke dalam ni...jom saya sambung cerita
semoga segala urusan tuan2 semua dipermudahkan
dan sedikit perkongsian pada pencari jalan
semoga menghilang sedikit dahaga...

Membetulkan sudut pandang antara salik dan guru tarekat
zaman skang ni rmai yg semakin tengelam kelabu asap
tidak tahu mana yg nak pegang alHaq
mana yg batil
rmai yg gaul2 sekali
dlm bentuk lendir hayal dlm kepala
dan besembang mulut syahwat ikut suka
kerana itu mereka sampai bila2 tiada kan memahami perkara sebenar
kerana tiadanya sanad hidup dlm bimbingan guru
guru yg dah pindah alam tetap sentiasa hadir pd murid saliknya
asalkan memelihara amal guru itulah ibarat memakai persalinan guru kita...
maka kekallah amal guru tu dlm nafas nyawa ruh kita..
kekal dlm solat dan zikir selawat
kekallah bersama guru kita yg baqobillah sentiasa bersama Allah didalam Allah
bukan kita, kita menumpang cahaya guru kita
utk sampai pd nabi saw...
kita tiada apa....

org tarekat yg tak dpt pglmn fana
susah laa sikit
tp masih ok lg sbb menganalkan zikir
ada org tarekat atau salik yg Allah tak buka pglmn tu
tp dia ada bhgn lain di akhirat nanti
sbb tu tak tau laa perjalanan org lain
mula mula guru
pastu fana fi rasul
pastu fana fillah
then last sekali fana fi sheikh semula
dan baqa ia di situ
alasan dia mudah je
hanya guru yg lebih kenal.Allah dan Rasul
jd baik pakai pakaian tuan guru
simple menumpang🤣🤣🤣
Samalah sptmana para sahabat yg menumpang kasih dan pakaian baginda nabi saw, siddiq amanah tobligh fatnah, mustopha
ibaratnya mudah je
ruh kita halus serupa.lidi je
sekali repih hancur🤣🤣🤣
dtg guru bantu membesarkan
pastu fana ke rasul koho besar
pastu fana fillah koho lg besar
tp kena ingat tu pglmn kita
kalau berhenti situ
rugi
kena balik semula.pakai yg guru punya
baru dia tambah besar besar dan besar
moga guru ni Allah dan Rasul.lantik
pakai dia guru punya gak
sapa lg leh challenge🤣🤣🤣
cahaya atas cahaya
menerangi bukan diri dia je
bahkan org lain
bahkan seluruh alam
tu pasal kena balik ke sheikhšŸ¤£šŸ¤šŸ¤£
menumpang
nak harap fana fillab kita
besar cengkerang siput babi je pun
nak terang diri sendiri boleh la
nak terangkan anak beranak msykt
mana leh
ibarat melihat lampu kecik kat tgh lautan
serupa kunang kunangšŸ¤£šŸ¤£šŸ¤
pastu sembang lebat pulak dlm.medsos
walhal org tengok lampu dia besar kunang kunang je
tp berasa seolah olah fana fillah dia terang satu dunia
Gitula sedikit ringkasan pd mereka yg tak penah tempuh perjalanan sanad sufi ni
kdg tu pelik heran, sbb depa rasa depa tiru sidiq amanah tabligh fatnah nabi saw tu dah rasa hebat, tapi adakah guru kita tu tak hebat dlm sifat rosul?adakah murid lebih hebat dr gurunya?
situ pon dia terlupa nak tilek dah...
tu kata berbalik apajua pon kembali pd didikan ruhaniah mursid dan pakaian mursid kembali jua...
murid baru dok tiru2, guru dah sampai lama dah lagi hebat..lagi besar wilayah dia dlm berjalan Allah dlm Allah..
salik pon maseh dlm mujahadah nafsu, maseh belum aman dr terpedaya dan tipudaya...

HAL HAAL PERKAITAN BAWAH ASUHAN MURSID

wali besar besar yg duk ada pun tak sanggup jalan sorg lagi walau pun sebenarnya dia org lg power kerohanian ni
30-40 tahun MUSYAHADAH...

tp still.duk bawah guru lg
malas nak.penat penat
atas org jugak
mana guru nak lepaskan dia boleh jalan sendiri
tp kebanyakkannya malas nak jalan sendiri
nak.duk bawah guru lg

walhal ukur dari apa yg dia dapat
kira tahap apa yg sultan sultan awliya dapat jugak
sama sebiji tak.lari🤣🤣

syok ramai ramai bawah guru lg best
duk.diam.diam org tak kenal
sampai masa Tuhan buka jugak org akan kenal
kalau nak dikenalkan laa
tak kenal.lg bagus
Xyah penin kepala bab org lain
 
SAMBUNGAN 2

Sudut pandang tasawuf dlm fana dan baqa

ilmu dr guru yg sanadnya sampai pd nabi saw lebih suci tingi mulia dr ilmu iblis
kerna ilmu iblis tiada pengajian tasawuf
ilmu iblis ni ilmu sekadar di akal saja
tapi tiada penyucian dlm dada, hati, qolbi
kerna itu ilmu iblis tidak mampu memmbawa akhlak sptmana nabi saw
kerna ilmu iblis tidak TAHU bagaimana nak cuci ujub riak takbur sombong
nak cuci ujub riak sombong ni hanya dgn ilmu tasawuf saja..
tasawuf ni la akhlak pakaian nabi saw, dlm ertikata lain, amalan guru2 wali2 terdahulu..
segala unsur tanah air api angin ni semua bawah nur muhd, jd memangla iblis setan surga neraka bawah nur muhd, sbb tiada yg lebih mulia tingi suci dr nur muhammad...awal kejadian
nur muhd tu la rahsia ruh yg allah letak dlm diri kita ni yg ada NAMA DI LANGIT...
yg disebut2 Allah...
yg berjalan Allah dlm Allah..
tak semua melalui makam fana ni
rmai yg ,celop2 cerita tapi xmelalui, dan rmai yg tak faham pon sebenarnya
depa sembang tapi cuba tanya apa permulaan fana tu, perolehan dlm fana tu, dan akhirnya di mana
mana kepala mana ekornya fana tu...
nabi2 wali2 tempuh fana melalui guru di atas guru mereka juga...
kalau xde guru, mai kot mana fana tu...
kecuali bagi sesetengah wali Allah ...
permulaan fana tu adalah melalui guru kita tu sendiri, ibaratnya permulaan seorg anak tu bermula dari ibubapanya jua,
lepas tu pertengahan fana tu kita akan tempuh lalui dgn fana fi rosul (peleburan sifat2 nabi makam nabi bertemu nabi saw - pd yg ada rejki), bukan kita punya semua tu kita amik harung utk kenai sifat2 kemuliaan nabi saw wajah nabi 9 sifat tu...
lepas tu baru sampai pd fana FILLAH ( NI MASUK permulaan JALAN BAQO - baru nak belaja kenai sunguh2 alHaq tu apadia, dari wahdah bawa naik ke Ahdah - atas dr Ahad lagi, dia ada nama2 khusus, tingai nama Allah tak pakai dah...
lepas tu dah naik ke pucuk semua masuk dlm hadart Allah, MERASA BERASA KECUT LIUR PEDIH TEKAK - JELIRA MCM MAKAN ASAM ORG TUA2 KATA, MASUK HADAP DEPAN DEPAN ALLAH, TU kata seolah jadi pengantin Allah
berasa sunguh sunguh taw dah lagumana yg kata DIA DIA DIA tu...
larut masuk dlm DIA DIA DIA
tak sangup berpisah dah
tapi masa DIA tentukan kita kena balik takleh dok lama ralit situ
pastu turun balik
then, kemudian dah faham baqa tu apa
patah balik pegi kat guru kita semula
fana fi syiekh level baqabillah, pakai pakaian guru kita
pakai pakaian guru tu bermaksud, memakai amalan yg guru tu amanah kasi kita la beserta apa yg nabi saw bagi kat kita - pelihara AMANAH JAGA ISTIQAMAH SAMPAI AKHIR NAFAS KITA - atau ghoib kembali pd Dia - berjalan Allah dlm Allah kekal,
tu la kesudahan perjalanan fana baqobillah pd sesiapa pon jua...
ni semua jalan sultan2 wali yg besar2 mmg mcmtu...
bukan wali biasa wali kecik
ni sultan raja wali yg besar2 pon mcmtu la...
sbb tu terkadang melihat wajah wali Allah ni, terasa sekali rasa2 mabuk tuhan, dzauk kedalaman mabuk tuhan seseorg tu mai singah kat kita serupa udara nafas
tu kita bole terkena karan juga sikit
mcmtu la

SEMOGA BERMANFAAT PADA YG MENCARI ...
 
Back
Top
Log in Register