nazim5123
Active+ Member
- Messages
- 4,698
- Joined
- Apr 9, 2007
- Messages
- 4,698
- Reaction score
- 41
- Points
- 30
terima kasih saudara..penerangan saudara memang sedikit sebanyak merungkai persoalan persoalan yang bermain di fikiran ni..
ok..adekah perjalanan tarikat ini hanyalah dengan berzikir sahaja seperti yang ditunjukkan di media massa..ye la selain dari mengamalkan syariat...
dan adakah dengan amalan zikir ini memang membolehkan kita mematikan nafsu kita yang terdiri dari 7 peringkat seperti nafsu amarah, lawamah, mulhamah, mutmainah, radhiyah, mardhiyah dan kamaliah...dan persoalan saya...kalo org biasa mcm sy ni..yang hanya mengamalkan syariat iaitu kulit..sampai peringkat manakah nafsu saya ini..adekah hanya dengan mengamalkan amalan tariket ini boleh mencapai peringkat2 nafsu yang disebutkan diatas..
apakah maksud " mematikan diri sebelum mati"?..sebab biasa dengar ayat ini disebut org yang beljar tarikat..
untuk soalan pertama tu saya kurang jelas tapi dari setakat mana yang saya jelas saya jawab begini
berdirinya tarikat diatas adab
adabni bermakna peraturan, selain zikrullah wujud peraturan peraturan yang perlu diikuti oleh ahli tarikat, peraturan peraturan ini dicipta untuk memudahkan seseorang salik itu mendapatkan rahmat tuhan peraturan ini bergantung kepada tarikat masing masing,
sebenarnya soalanni betul fokus kepada tarikat tasauf tapi takpelah saya jawab mana yang saya tau kot salah atau saudara kurang puas hati boleh lah merujuk kepada orang lain yang lebih arif
menurut pendapat ahli sufi peringkat nafsu yang tertinggi boleh dicapai oleh orang awam ialah nafsu mulhamah tinggi sikit dari amarah dan lawamah
sebenarnya kita jangan salah faham amalan thariqat bukanlah satu satunya jalan untuk kita mendapatkan rahmat tuhan tetapi amalan thariqat adalah salah satu jalan bagi mendapatkan rahmat allah dimana jalan tersebut telah melahirkan ramai wali atau kekasih tuhan cuba bezakan antara perkataan satu satunya dengan salah satu kenaikan peringkat nafsu adalah sebahagian rahmat tuhan yang maha luas
selain itu juga terdapat satu lagi jalan untuk sampai kepada tuhan iaitu cara majzub hal ini telah disepakati oleh seluruh ulama sufi
selain tu saya tak tahu sebab saya pun kurang ilmu tapi janganlah pula saudara kata kot mcmtu ahli thariqat jelah yang masuk syurga atau orang thariqat jerlah yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi tuhan kerana saya dah fobia dengan ayat tersebut
bagi saya mereka yang benar benar istiqamah dengan zikrullah sahaja yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi tuhan kalau ada masa lapang nanti saya akan menulis berkenaan hubung kait zikrullah dengan taqwa insyaallah daripada taqwa tersebutlah maka kedudukan seseorang itu dinilai oleh allah
diri disitu bermaksud diri yang jahat iaitu hawa yang sentiasa mendorong pada kejahatan
itulah secara ringkas yang boleh saya jawab soalan saudara kalau ada salah saya minta maaf sebab saya pn jurang ilmu memang dah nama saya manusia senantiasa salah dan lalailah sifat saya