nazim5123
Active+ Member
- Messages
- 4,698
- Joined
- Apr 9, 2007
- Messages
- 4,698
- Reaction score
- 41
- Points
- 30
mcm mana plak dengan yg berzikir sampai goncang2 tu?? saya ada tgk d youtube.. mmg pelik.. saya ni cetek ilmu agama, jadi timbul la kekeliruan bile nengok vid mcm ni.. yg saya terpikir betul ke ni??
contohnya mcm ni
http://www.youtube.com/watch?v=bwtFikqDick
sebenarnya saya tak dapat tengok pun video tu sebab saya pakai gprs cuma saya mendapat maklumat bahawa mereka berzikir sambil menggoncang goncang tubuh
no komen.........
saya tak tau mereka berasal dari aliran tarikat apa dan saya sendiri pun pelik kalau mereka buat mcmtu cuma saya tak kata mereka salah kesimpulannya saya tak tau mereka betul atau salah
walau apapun saya minta kita sama sama berfikir satu perkara
cuba anda rujuk perkara yang boleh membatalkan wudhuk bagi mazhab syafei dan kemudian anda bandingkan perkara yang boleh membatalkan wudhuk bagi mazhab hanbali maliki dan hanafi
tentu anda merasa hairan wujud perbezaan dikalangan mereka tapi mengapa kita dapat menerima malah kot ikut mazhab syafei kot nak bayar ftrah mestilah menggunakan beras atau gandum tapi untuk memudahkan kita telah menggunakan pendapat mazhab lain dengan menggunakan duit
malah jika kita kita bayar fitrah pakai beras saya rasa amil mesti termanggu manggu kepelikan untuk menerima beras fitrah tu dan akhirnya menyuruh kita bayar pakai duit gak
persoalannya mengapa kita tidak rasa pelik dengan perbezaan yang wujud dalam mazhab feqah tapi bila kena thariqat terus kita merasa pelik. kot pelik tu takpelah sebab saya pun merasa pelik bila mereka amal cara mcmtu.
tapi ingatlah sesuatu yang kita tak faham atau pelik belum tentu salah
untuk menentukan sesuatu aliran itu salah kita perlulah melihat dari beberapa sudut antaranya
1-adakah mereka masih mengamalkan syariat islam seperti solat puasa zakat dan lain lain kot dah tak amal memang sah sesat
2-adakah fahaman mereka bersesuaian dengan ahli sunnah wal jamaah kot tak sesuai dah sah sesat
itulah antara neraca untuk kita menentukan sesuatu aliran itu sesat atau tak
dalam video tu saya pun tak tahu apa yang di sebutkan mereka tu
kalau mereka sebut
guru yahya! guru yahya! guru yahya! oooooooohhhhh!!!!!!!
guru yahya! guru yahya! guru yahya! oooooooohhhhh!!!!!!!
guru yahya! guru yahya! guru yahya! oooooooohhhhh!!!!!!!
memang dah sah sesat........
kalau kita merujuk al quran kita memang disuruh berzikir pagi dan petang dalam setiap perbuatan kita baik duduk berdiri dan baring
kita merasa pelik melihat mereka yang berzikir dalam keadaan berdiri walaupun itu sebaiknya dengan mengingati tuhan dalam keadaan duduk berdiri dan baring tapi persoalannya mengapa kita tidak merasa pelik melihat para penyanyi yang menyanyikan lagu cinta dalam keadaan berdiri dan sepenuh hati. lagi teruk dalam keadaan terkinja kinja bukankah nyanyian yang sedemikian rupa adalah syair syaitan yang membuat orang lalai
jadi untuk mengetahui mereka ini betul atau salah tanyalah kepada mereka yang dalam video tersebut jika mereka masih dapat membuktikan mereka masih mengikut quran dan hadith maka mereka benar kot menyimpang mereka salah
walau apapun saya tetap menghormati saudara osopp yang memberikan video ini kerana beliau hanya pelik tetapi tidak mengatakan golongan ini sesat atau betul
cuma saya harap jangalah tunjukkan video yang pelik jer tunjukkan lah video yang tak pelik pula bukan per tindakan yang kurang seimbang ini akan akibatkan thariqat ahli sufi ini akan dilihat pelik sedangkan thariqat ahli sufi terhasil daripada arahan tuhan yang menyuruh manusia berzikir
