BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tapak Pelupusan Sampah Haram Di Baling Terbakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
936d9c7124ad00ac69233ff3a4559d466979b2f95065a

Kredit JAS Kedah

Sebuah tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara haram di Kampung Besah, Mukim Tawar dekat sini terbakar sejak semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan melakukan siasatan di lokasi setelah menerima maklumat berkenaan kejadian itu.

“Pemeriksaan malam tadi mendapati api masih marak, longgokan sampah berserta plastik yang dijumpai di tapak pelupusan haram itu dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 29A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JAS Kedah di talian 04-7332832 atau JAS Kedah Cawangan Kulim di talian 04-4037675,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kawasan pelupusan sampah itu dianggar berkeluasan 0.5 hektar dengan longgokan sampah mencecah lebih sembilan meter.

“Kita tiada maklumat sejak bila kebakaran bermula kerana tiada aduan yang dibuat. Lokasinya terletak di tepi jalan dan tepi sungai.

“Kita akan buat semakan berhubung status pemilikan tanah manakala pensampelan rasmi di lokasi turut dibuat dan semua sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk dianalisis,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register