BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Takbir Raya takde dalam TV tempatan

Incognito

Freshie
Messages
14
Joined
Oct 29, 2022
Messages
14
Reaction score
2
Points
8
Hi,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dah batin,

realistic-hari-raya-aidilfitri-background_23-2149350546.jpg


Jika anda perasan, sebelum ni di TV ada slot yg mana ada takbir raya di siarkan dalam TV,
kenapa sekarang dah takde Takbir raya dalam TV, jadi feel raya tu macam kurang sikit tahun ni

tq
 
Raya aidilfitri sunat makan sebelum solat sunat, raya haji sunat makan lepas solat sunat...yang ni pun bgtau siap2 hehe
 
Lor... MMG la.. MLM raya dan raya pertama sblm solat sunat jerk Ade takbir... Takbir raya aidilfitri sampai waktu sblm solat sunat shj... Kalo takbir Aidiladha br la 3 hari Ade takbir...

Sekadar perkongsian tambahan 😀

Jenis-Jenis Takbir Raya

Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.

Takbir Mursal:

Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.

Takbir Muqayyad:

Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.[1] Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW:
كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Maksudnya: “Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.”

Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih.

Takbir ini hendaklah dilakukan secara jahar (bacaan nyaring) sebagai syiar kaum Muslimin. Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/559) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili & al-Taqrirat al-Sadidah (hal. 347).


Waktu Bertakbir

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.

Hari Raya Aidiladha:

waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.[2] Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam. Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah. Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.

Hari Raya Aidilfitri:

waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

 
Back
Top
Log in Register