BTC USD 83,834.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahukah Anda???

farr1z

Active+ Member
Messages
3,231
Joined
Jul 12, 2010
Messages
3,231
Reaction score
145
Points
33
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
 
Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

- Tahukah Anda dalam
bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La
Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi
juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

-
Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku
kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis
M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera
pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak
terkenal Maideen.

- Tahukah Anda kedua belah kaki
kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya
juga tidak sama.

- Tahukah Anda magnet ialah
sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

- Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.
 
good info TT.:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register